Seorang remaja di Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara, Indonesia tampil membuat permohonan maaf selepas video memaparkan dia memaksa seekor kucing menghisap rokok tular di media sosial.
Dalam video tersebut, remaja dikenali sebagai Khoirunnisa, 18, itu dilihat duduk di tepi jalan sambil merokok. Dia kemudian meletakkan rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya dan memaksa haiwan itu menghisap rokok. Gadis itu kemudian menghembuskan asap rokok ke arah haiwan tersebut sebelum membiarkan kucing itu berlalu. Susulan video tular tersebut, polis Tebing Tinggi menjalankan siasatan sebelum pergi ke rumah Khoirunnisa untuk menyoal siasatnya. Gadis itu kemudian memberitahu bahawa dia menyesali perbuatannya dan mengaku hanya bergurau. “Dia menyesal kerana perbuatannya dan hanya bergurau serta tidak bermaksud untuk menyeksa haiwan,” kata polis.
Khoirunnisa memuat naik video penjelasan dan permohonan maaf kepada masyarakat Indonesia berhubung perbuatannya. Sumber: mStar/ Detik.com
|
ADVERTISEMENT