KUALA TERENGGANU – Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia di dalam rumah sewanya di Pengadang Baru di sini semalam. Mayat guru sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih 10 hari lalu tersebut ditemui tuan rumah sewanya pada pukul 5.40 petang.
Mohd. Asyraf Bakri, 30, berkata, dia bersama ibunya telah berkunjung ke rumah sewa tersebut semalam setelah wanita tersebut gagal dihubungi sejak 21 Disember lalu. “Niat kami untuk meminta duit sewa bulanan selain risau dia yang telah menyewa sejak 13 tahun lalu gagal dihubungi. “Sebaik tiba, kami tidak sedap hati setelah tercium bau busuk dari dalam rumah sebelum memohon bantuan polis untuk membuka rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pengadang Baharu di sini hari ini. Mohd. Asyraf berkata, sebaik pintu dibuka, terkejut mereka apabila mendapati mayat guru wanita tersebut ditemui terbaring di tepi dinding rumah.
“Arwah yang masih bujang sudah menyewa sejak 13 tahun lalu memang kurang bergaul dan kebanyakan pergerakannya menggunakan perkhidmatan kereta sewa (e-hailing),” katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi memberitahu siasatan awal percaya kematian wanita itu tidak mempunyai unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Sumber: Kosmo
|
bebulu replied at 2-1-2024 05:27 PM
Kalau dah 10 hari cikgu ni tak hadir ke sekolah, takkan pihak sekolah tak cuba hubungi atau cari dek ...
kepompong replied at 2-1-2024 05:30 PM
sekolah tgh cuti
chinta89 replied at 2-1-2024 05:10 PM
salam takziah.
maaf nak tanya, rumah dia sewa ke tu... nape mcm terlalu bsepah eh.. duk sorang je p ...
ADVERTISEMENT