CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Maut Terkena Letupan Bunga Api Majlis Ambang Tahun Baru

1-1-2024 07:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 25989| Komen: 12

Port Dickson: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dalam kejadian letupan bunga api di sebuah hotel, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku di bahagian bumbung tempat letak kenderaan hotel terbabit.


PETIKAN video tular menunjukkan letupan bunga api sempena sambutan Tahun Baru menyebabkan seorang maut dan seorang lagi parah.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa adalah pekerja syarikat pemasangan bunga api yang ditugaskan memasang bunga api untuk pertunjukan sempena malam ambang tahun baru 2024 di hotel berkenaan.

"Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mereka ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukan sempena malam ambang tahun baru 2024.

"Ekoran kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun meninggal dunia manakala seorang lagi berusia 39 tahun dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan akibat terkena serpihan bahan bunga api yang meletup," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, orang awam digesa tidak menviralkan isu ini kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

"Kejadian masih dalam siasatan polis dan diharapkan orang ramai tidak memainkan isu atau menyebabkan salah faham masyarakat.

"Kes sedang disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video dan gambar memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di hotel berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-1-2024 08:42 PM
Oh umur 40an...innalillah..kesian anak isteri...bukan pekerja hotel tu la kan?..dari syarikat pemasangan bunga api?..ada pulak syarikat pemasangan bunga api ya..
Quote slavehunter 1-1-2024 08:43 PM
Salam takziah. Kesian tengah kerja. Harap company ada bagi sedikit insurance atau gratuity.
Quote jlo 2-1-2024 08:53 AM
salam takziah... kesian nye
Quote nuryakmal 2-1-2024 08:56 AM
Hangus katanya. Ada nampak gambo eh
Quote adizero11 2-1-2024 10:09 AM
Masak company nk menjawab..pengendalian bunga api sebagai bahan letupan pun memerlukan lesen yg sah
Quote Ayda89 2-1-2024 11:13 AM
Katanya dia pun pekerja part time je dekat company yg pasang bunga api tu.. Salam takziah..
Quote prettyuglybabe 2-1-2024 01:28 PM
i ingat yang pasang bunga api untuk big event macam ni bomba..
sebab selalu nampak ada truck bomba tiap kali firework ni tengah pasang..
rupanya company yang pasang sendiri ye..
Quote B40tastePosh 2-1-2024 01:32 PM
Kenapa tak upah bangla dan rohingya untuk kerja 3D macam ni
Quote forex 2-1-2024 03:11 PM
prettyuglybabe replied at 2-1-2024 01:28 PM
i ingat yang pasang bunga api untuk big event macam ni bomba..
sebab selalu nampak ada truck bomba t ...

yes, bomba required untuk stndby
Quote ifanonline 2-1-2024 03:16 PM
mungkin amalan pasang bunga api utk mana2 perayaan perlu dihentikan...
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:10 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:10 PM

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.112270 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top