CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cekik Anak Dua Tahun Sebab Nangis, Rasa Terganggu Bercakap Di Telefon

31-12-2023 06:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 45525| Komen: 4

Jharkhand, India: Seorang wanita di negeri Jharkhand, India, bertindak mencekik leher anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana mengganggunya ketika dia menjawab panggilan telefon.

Ketika kejadian, wanita bernama Afsana Khatoon, sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon dan anak kecilnya pula sedang menangis.



Bapa mentua Afsana, Rojan Ansari berkata, wanita itu mengurung diri di dalam bilik bersama anak bongsunya itu selepas bergaduh dengan suaminya.

Ketika dia menjawab panggilan telefon, anaknya mula menangis. Dia dilaporkan tidak menenangkan kanak-kanak itu namun mencekiknya.

Afsana hanya membuka pintu apabila dia memanggil suaminya untuk masuk tidur.

Suaminya yang mendapati anak mereka tidak sedarkan diri segera mengejarkan mangsa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Afsana diberkas dan dihantar ke penjara namun mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya.


Ketika mangsa menangis, dia menolak anaknya jatuh dari katil sehingga tidak sedarkan diri.

Mayat kanak-kanak malang itu dihantar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 31-12-2023 06:50 PM
Syukur budak tu mati.

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:11 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:11 PM
Quote tumpanglalu74 8-9-2024 01:33 PM
Sekor lagi betine yang akan kene rogol dalam lokap..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042058 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top