CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tertanya-Tanya Apa Dosa Hingga Dapat Anak Autisme, Malu Dapat Anak OKU

31-12-2023 06:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 45207| Komen: 21

Description: Seorang lelaki tular di laman X apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas anaknya disahkan menghidap autisme.Menurut lelaki itu, dia dan isterinya malu mengenangkan hal tersebut, apatah lagi ia meliba ...
Seorang lelaki tular di laman X apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas anaknya disahkan menghidap autisme.

Menurut lelaki itu, dia dan isterinya malu mengenangkan hal tersebut, apatah lagi ia melibatkan cahaya mata pertama mereka.



"Apa salah aku? Anak aku didiagnos sebagai autisme. Apa dosa aku dengan bini aku? Kenapa dapat anak cacat macam ni?

"Isteri aku dari tadi menangis. Berat sangat ujian. Malu la aku, anak pertama pula tu. Kami dah plan cantik dah, cuma nak anak seorang.

"Tiba-tiba anak cacat, benci la," ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi luahan pada Jumaat.

Perkongsian itu menerima lebih 2,700 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pengadu.


"Bukan anak yang cacat, tapi kau yang cacat. Kau tak bersyukur dapat anak yang boleh tarik kau masuk syurga terus.

"Dia anak syurga. Terima dan jaga dia seadanya. InsyaAllah dia yang akan tarik kita masuk syurga.

"Mohon lebihkan membaca ya bro. Ajak bini kau pun sama membaca sama pasal autisme," tulis netizen.

Tambah netizen lagi, anak-anak austime juga boleh berjaya seperti insan biasa sekiranya mereka menerima pendidikan serta sokongan sewajarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 31-12-2023 06:30 PM
Ko ni kan..taula level ko 24...x kan la tak pandang kiri kanan masa nk bukak thread...dgn wartawan cari level 12 pun ko berlumba2 nk bukak thread yg sama..sabo jela
Quote nsmy 31-12-2023 07:03 PM
Tak semua orang kuat untuk hadap ujian ni....
Quote stingergrumpy 31-12-2023 07:18 PM
Mohon tazkirah dari @sayawifenikmie
Quote menjad 31-12-2023 07:27 PM
Ada anak autis lebih pandai dari yg normal nih. Usaha lah dulu.

Belum berjuang dah mengaku kalah. Sian anak.kau dikkkmm
Quote sayawifenikmie 31-12-2023 07:41 PM
stingergrumpy replied at 31-12-2023 07:18 PM
Mohon tazkirah dari @sayawifenikmie

.....  



sat nak baca
Quote Belibis 31-12-2023 08:32 PM
Jangan tanya orang ' apa dosa aku'..tanya la diri sendiri.
Quote tumpanglalu74 31-12-2023 09:03 PM
Mentaliti sume nak lebey dari onglain..  Allah tak izinkan.
Quote allshares 31-12-2023 09:38 PM
Tuhan bagi bkn sbb dosa ko atau dosa bini. Kalau semua tuhan bayar cash, takde sape yg berani buat jahat. Kalau benda baik hanya terjadi pada org baik, semua org kat dunia ni akan jadi org baik.

Semua ni ujian, tuhan uji semua org tak kira ko baik ke jahat.
Quote AkokKocik 31-12-2023 09:44 PM
Baru aku tau autisme dikira oku.
Quote stingergrumpy 1-1-2024 01:32 AM
sayawifenikmie replied at 31-12-2023 07:41 PM
.....  



Ilmu jgn disorok sorok....kongsi semoga bermanfaat.....
Quote dagusengett 1-1-2024 01:44 AM
Apa punya pemikiran ni
Anak yg normal pun ada susahnya
Mana2 parent kena hadap
Quote monreyes 1-1-2024 01:58 PM
kwn opis aku stress juga dpt anak autism yg agak agresif...
dia berkemampuan boleh cari penjaga...
kalau yg level B40 ke..struggle cari duit...kesian juga kan...
Quote naina 1-1-2024 10:01 PM
monreyes: kwn opis aku stress juga dpt a ...


Betol tu. Bertuahla kalau jenis mampu kaya raya boleh upah penjaga dan kau masih ada masa untuk healing dan pergi kerja.
Ada tu terpaksa berhenti kerja sebab takda yang sanggup jaga..nak pergi follow up hospital pun tak mampu..sudahnya sama2 penat dan stress jaga OKU agresif. Kesiann
Quote naina 1-1-2024 10:04 PM
Anak normal pun ada tekanannya kalau nakal sangat..tapi tetap bersyukur lah sebab boleh urus diri sendiri..OKU ni ada yg sampai besar pun berak bersepah. Itu sebab orang kata tiket ke syurga untuk ibu bapanya..
Quote akies 1-1-2024 11:45 PM
Autisme ada banyak jenis kan?
Area rumah iols ni ada je anak2 autisme, hantar anak ke
skolah pendidikan khas..baik budaknya..
Tak kacau org..

Ada juga yang iols kenal..anak tu dh ada ciri2 autisme,.
Tp..parents takmo jumpa pakar.,
Nak hantar sekolah kerajaan malu lak, hantar la ke
sekolah swasta..taktau la budak tu camne skrg.
Huhu
Quote tumpanglalu74 1-1-2024 11:49 PM
Autisme ni hasil abandonment tak kasi kasih-sayang kat budak tu..  Lahir normal pon ujong2 leh dapat.  
Quote clueless_gamer 2-1-2024 02:32 AM
Edited by clueless_gamer at 2-1-2024 02:35 AM

autisme ni boleh diwarisi dari mak bapak.. dan genetic bapak jugalah yg banyak mencorak characteristic anak2 tu nanti..

contoh jantina dan rupa anak, mungkin juga boleh jadi anak tu dapat dari si bapak ni sendiri sbb setau aku org yg ada autistic ni.. (berdasarkan pengalaman sendiri) satu character dia susah faham satu issue tu walaupun dia yg jadi punca.. (empathy and comprehension problem) selain dari suka sangka buruk, mudah bersangka2 tanpa selidik asal usul berita dulu..

moral of the story, bg wanita yg nak kawin tu, ajak bf tu pg check mental test dulu.. takut ada masalah mental yg banyak jadi punca keluarga bermasalah ni, ada yg bipolar, skizo.. autistic ni dah ramai kena tp tak ramai yg tahu dan faham..

aku bukan nak hina sesiapa, tp dari pengalaman sendiri juga, org yg ada autistic ni dia tak boleh jaga diri dia sendiri apatah lagi nak jaga keluarga.. dgn berat mulut tu kalau ada masalah, non verbal issue tu, mmg relationship dgn anak bini mmg akan jadi sangat bermasalah..

kawen ni komitmen seumur hidup, carilah pasangan yg kita boleh hadap seumur hidup kita juga.. jangan nanti makan hati anak beranak berpuluh tahun.. sesia je hidup mcm ni..

mintak maaf sekali lagi.. sekadar berkongsi pendapat dan nasihat sahaja ya.. jangan marah ye sis
Quote cm_vungtau 2-1-2024 09:22 AM
Autisme selalu jadi pada anak lelaki kan? Tapi pernah juga jumpa anak perempuan yang autistic
Quote ayukpingu 2-1-2024 09:33 AM
cm_vungtau replied at 2-1-2024 01:22 AM
Autisme selalu jadi pada anak lelaki kan? Tapi pernah juga jumpa anak perempuan yang autistic

yer. lebih cenderung kepada anak lelaki.
begitu juga dgn adhd, pun cenderung kepada anak lelaki.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055226 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top