Melaka: Viral di media sosial mengenai rakaman video seorang lelaki berpakaian seragam memukul isterinya di sebuah flat di Sungai Udang. Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, video berdurasi 32 saat itu viral sejak semalam menerusi satu hantaran dengan pautan di aplikasi X.
Ujar Zainol, pihaknya mendapati kejadian itu berlaku pada 15 Disember lalu dan satu laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul oleh suaminya seorang anggota tentera. "Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang dan kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan berkenaan. "Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya. Tambah beliau, berdasarkan kepada laporan mangsa, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, berdasarkan rakaman itu, kedengaran suara seorang wanita merayu-rayu supaya suaminya bertenang dan menyelesaikan isu antara mereka secara baik. Bagaimanapun, suaminya yang memakai uniform lengkap tetap berkeras dan menjerit mengarahkan isterinya masuk ke rumah dengan suara yang tinggi. Lebih mengejutkan, lelaki itu didakwa turut mengugut untuk membunuh isterinya dan kelihatan memegang sesuatu dan mengacukan kepada mangsa. Kelihatan juga beberapa jiran cuba menenangkan keadaan, namun tidak dihiraukan oleh lelaki itu. Sumber: Harian Metro
|
mawardia replied at 31-12-2023 12:09 PM
Bini 38. Laki 25. Muda nya laki dia.
Apa kesudahan cerita ni.
jazaa100 replied at 31-12-2023 04:49 PM
Mcm beras aku lah dulu....
Tak ingt umor berapa, lebih kurang umor ni lah....anak dah 4org besar² ...
mawardia replied at 31-12-2023 07:30 PM
...janji...?????
Aku curious. Mohon habiskan ayat kau
jazaa100 replied at 31-12-2023 09:10 PM
Janji ada l****g
Dorang ni training kekdg dlm hutan, bila kuar nmpak pompuan, tu yg mabuk tu....
mawardia replied at 31-12-2023 09:34 PM
Wah begitu sekali ya. Semoga berbahagia la beras kau tu. Ipar kau dah kawen baru ke belum
jazaa100 replied at 31-12-2023 10:21 PM
Tak....
Takut agaknya nk cari bini baru....bini tu family yg carikan tau....sedara mara dorang ju ...
jazaa100 replied at 31-12-2023 09:10 PM
Janji ada l****g
Dorang ni training kekdg dlm hutan, bila kuar nmpak pompuan, tu yg mabuk tu....
ADVERTISEMENT