CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Sebab Telefon Bimbit, Isteri Tikam Mata Suami Guna Gunting

29-12-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35856| Komen: 0

Description: New Delhi: Seorang isteri didakwa menikam mata suaminya selepas lelaki itu meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu di platform media sosial, lapor portal Mirror Now.
New Delhi: Seorang isteri didakwa menikam mata suaminya selepas lelaki itu meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu di platform media sosial, lapor portal Mirror Now.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat di Uttar Pradesh itu, suami wanita berkenaan dikenali sebagai Ankit dikatakan meminta telefon bimbit isterinya untuk mendengar lagu di YouTube.


Namun, berlaku pertengkaran membabitkan pasangan suami isteri itu.

Gambar Hiasan

Pegawai Saviratnam Gautam berkata, wanita itu menikam mata suaminya menggunakan gunting.

Mangsa kemudiannya memfailkan aduan terhadap isterinya sebelum polis bertindak atas laporan dibuat.

"Berlaku pertengkaran membabitkan pasangan suami isteri hingga membawa kepada tindakan si isteri menikam mata suaminya," katanya.

Menyedari kecederaan dialami mangsa, keluarganya segera membawa lelaki itu ke pusat kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan.


Difahamkan polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047694 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top