Gra-gara memetik bunga kobis dari tanah ladangnya di daerah Keonjhar, India, sorang lelaki tergamak menyerang dan mengikat ibunya pada tiang elektrik. India Today melaporkan, pertengkaran bermula selepas wanita berusia 70 tahun itu memakan sayur yang dipetik dari ladang anak bongsunya di kampung Sarasapasi.
Pertengkaran menjadi semakin memuncak apabila anak lelakinya itu mengikat ibunya pada tiang elektrik dan membelasahnya. Lelaki tersebut turut mengugut penduduk kampung yang cuba untuk campur tangan. Namun, mereka tetap menyelamatkan wanita tersebut dan segera membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk menerima rawatan. Menurut pihak polis, mereka menerima laporan pada hari Sabtu daripada penduduk kampung tentang kejadian ini. "Pada hari Sabtu, kami dimaklumkan oleh beberapa penduduk kampung bahawa wanita warga emas itu telah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kakitangan kami segera bergegas ke hospital dan merekodkan keterangannya.
"Hasil siasatan, kami mendapati dakwaan terhadap anak lelaki tertuduh adalah prima facie. Jadi, kami menahan Mahanta selepas mendaftarkan kes terhadapnya." Difahamkan, wanita tersebut mempunyai dua orang anak lelaki dan anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Tambah pihak polis, wanita itu pernah hidup dengan catuan kerajaan dan atas belas ihsan penduduk kampung lain. |
ADVERTISEMENT