Pengguna jalan raya bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa seorang bayi yang disyaki lemas selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terbabas lalu terhumban ke sungai di tepi lebuh raya.
Menerusi rakaman berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman X @malaysiavirall, kelihatan ramai pengguna jalan raya berhenti untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa. Menurut maklumat yang dikongsikan, kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Tol Bukit Besi. "Kemalangan sebelum keluar tol Bukit Besi. Tak tahu macam mana keadaan baby tu sekarang. Sedih dengar bila merayu dan minta tolong siapa tahu buat CPR dekat kereta yang lalu," demikian tulis ciapan pada akaun berkenaan. Kedengaran suara seorang wanita dalam nada cemas meminta bantuan orang ramai yang mempunyai kemahiran melakukan CPR (resusitasi kardiopulmonari) agar tampil menyelamatkan nyawa bayi malang itu.
"Siapa pandai buat CPR? Encik pandai CPR tak," kedengaran suara wanita tersebut dalam nada sebak. Menerusi rakaman tersebut juga, kelihatan beberapa mangsa lain, berkemungkinan ahli keluarga bayi berkenaan berenang ke tebing sambil dibantu oleh pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan hujan lebat. Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai waktu kemalangan, jumlah mangsa yang terlibat serta keadaan terkini bayi malang tersebut. Namun berdasarkan komen beberapa netizen, difahamkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa keluarga berkenaan dan memanjatkan doa agar semuanya selamat. "Kesiannya baby tu... tak ada seorang pun yang tahu buat CPR dekat situ. "Siapa-siapa yang pegang telefon bimbit, tolong search cara nak buat CPR untuk bayi. "Baby selamat ke? Semoga baby selamat dan dipermudahkan urusan keluarga mangsa," demikian antara komen netizen. Sekadar perkongsian bersama, teknik melakukan CPR untuk bayi adalah berbeza dengan orang dewasa, justeru ia perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai asas atau kemahiran. Sumber: mStar |
zennaya replied at 27-12-2023 12:13 PM
tgk kat tik tok,dia pegi tonggeng baby tu suruh muntahkan air. istighfar panjang meol. bukan mcm tu ...
black_handbag replied at 27-12-2023 01:32 PM
sedih tengok berita ni semalam. macamana boleh hanyut kereta tu.. ayah dia redah banjir ke..
Skuau replied at 27-12-2023 11:49 AM
pasal CPR ni..walau pernah amik khusus..tp dh lupa...benda ni kena ulang buat(khusus) 6 bulan sekali ...
Cassieopeia replied at 27-12-2023 01:20 PM
kesiannya, erm iols 2x kursus cpr ni kalau org dewasa jenuh gak buat sbb kne betul2 kuat tp baby ni ...
ketupatnasi replied at 27-12-2023 02:29 PM
Indeed. resfresher course stp 2 tahun.....tapi tehtap aku keras kejong tak prektis
tapi lebih b ...
grouper replied at 27-12-2023 03:13 PM
Org dewasa byk yg patah rusuk bila kena cpr..klau yg tau cpr pun mesti pikir 2 3 kali nak wat kat ba ...
ADVERTISEMENT