Pelakon popular, Fasha Sandha, 39, berhasrat menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan sebagai ikhtiar dan usahanya untuk mendapatkan anak lelaki. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia dan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz memang mahu menambah seorang lagi anak dan berharap dikurniakan bayi lelaki kerana sudah memiliki anak perempuan, Aisha Amaira, 4.
"Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah. "Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat," katanya. Aidil pula berkata, isterinya memang perlu memperlahankan aktiviti karier seni jika mahu melakukan rawatan IVF itu. "Betullah, kalau misal kata nak 'plan' (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, 'shooting' (penggambaran). Sema sedia maklum 'shooting' memang setiap hari dan makan pun kena jaga. "Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti," katanya yang membintangi filem Harimau Malaya: The Untold Journey.
Sumber: Harian Metro |
Piramida: Mudahnya nak buat anak sekaran ...
AkokKocik replied at 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh ...

rosevelvet replied at 25-12-2023 06:33 PM
I rs ada teknologi tu sis. I hrp uol bjaya lock reta laki uols. Amiiinn
ADVERTISEMENT