Kehebatan vokal Liza Hanim memang tak perlu dipertikaikan lagi tetapi baru-baru ini anak sulungnya, Marsya Qistina pula mencuri perhatian ramai. Semuanya apabila tular video Liza dan Marsya membuat persembahan secara duet di majlis konvokesyen sebuah universiti di ibu negara.
Dalam persembahan tersebut, dua beranak itu mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw dan Kris Dayanti. Lontaran vokal anak-beranak itu cukup padu dan mampu menyanyikan nada tinggi dengan baik. Disebabkan itu, ramai netizen mahu Liza menyertai pertandingan Famili Duo tahun depan. “Kalau macam ini, bolehlah serta Famili Duo musim keempat. Pasti juara!
“Tak sangka anak Liza memiliki bakat sama hebat sepertinya. Keluarga berdarah seni, vokal pun sama mantap,” puji netizen. Bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama Liza Hanim berpadu suara dengan anaknya. Sebelum ini, penyanyi itu juga pernah menyampaikan lagu Beribu Sesalan bersama dua anak gadisnya. Marsya juga pernah berganding dengan Liza Hanim menerusi lagu Cinta dalam program Konsert Minggu Ini. Sumber: HibGlam |
ADVERTISEMENT