Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 39, bersikap terbuka melihat peluangnya untuk berduet lagu baharu dengan penyanyi Indonesia, Ifan Seventeen sebagaimana yang diharapkan peminat masing-masing.
Ia berikutan, persembahan duet mantap antara mereka ketika menyanyikan lagu Kemarin pada persaingan akhir kemuncak All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial. Nana berkata, apa yang terbaik untuk karier nyanyiannya dengan sambutan positif daripada peminat hiburan kedua-dua negara jiran, membuatkan dia sedia untuk mempertimbangkan urusan bekerjasama. "Bagi saya, kalau ia satu peluang yang baik dan ada pula rezeki (bekerjasama), memang sangat dialu-alukan kerana dapat juga mengeratkan hubungan antara negara, Malaysia dan Indonesia. "Lagi pula, sebelum ini saya sebenarnya pernah berduet dengan penyanyi senior berpengalaman Indonesia, Dedi Dores untuk lagu Biar Seperti Bidadari pada 2013 lalu.
Jadi, kalau dapat pula peluang dan rezeki rakamkan lagu duet dengan Ifan (Seventeen), ia mungkin salah satu cara untuk saya cuba nasib melebarkan karier seni ke Indonesia bagi mencari peminat-peminat baharu di sana," katanya kepada Harian Metro. Di acara ASGV lalu, meskipun Nana tewas dan harus berpuas hati berada di tangga kelapan, namun kebanyakan peminatnya bangga dengan persembahan duet lagu Kemarin bersama Ifan itu. Rata-rata peminat Nana, termasuk warga maya menyifatkan penyanyi lagu Gurauan Berkasih itu 'kalah' bermaruah apabila mampu membuat persembahan yang mantap bagi menghiburkan penonton.
|
buragazz replied at 26-12-2023 04:01 AM
Sementara itu.. terdapat kejadian dimana 5 individu berdaghah hidung secara tiba setelah membaca ken ...
izat123 replied at 26-12-2023 10:45 AM
Walaupun kalah, duet dia dia dengan Ifan tu yang trending kat Tiktok dengan Youtube. Kat tiktok berj ...
marchikobonzo replied at 26-12-2023 01:30 PM
Berdaghah hidung berjemaah secara langsung tak?
ADVERTISEMENT