CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh, Tanam Belakang Rumah: 3 Sekeluarga Ditahan, 4 Diburu, Saksi Nampak Mangsa Diheret Belakang Rumah

24-12-2023 03:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2| Komen: 5

Gombak: Tiga sekeluarga ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga suspek yang membabitkan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kampung terbabit selepas polis menerima laporan kejadian kira-kira 11.25 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara mangsa dengan teman wanitanya yang juga adik perempuan kepada suspek.

ANGGOTA Polis menggali lokasi mangsa bunuh yang ditanam di belakang rumah di Kampung Sg Choh. FOTO ihsan Polis

"Mangsa datang (ke lokasi kejadian) bersama empat individu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa dipukul menggunakan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.


"Selain daripada tiga suspek yang ditahan, polis masih mengesan empat suspek (individu membawa mangsa ke lokasi kejadian) yang masih bebas iaitu dua lelaki dan dua wanita," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sementara itu, menurut saksi yang dikenali sebagai Ismail,, 30-an berkata, dia mendengar bunyi seperti orang bergaduh dari rumah suspek sejak awal pagi namun tidak mengendahkanya kerana mendakwa jirannya itu kerap bergaduh.

"Mereka tinggal di sini sudah agak lama. Orang-orang kampung mengenali keluarga suspek tetapi tidak masuk campur urusan mereka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, selepas bunyi bising itu berlarutan, dia mengambil keputusan untuk menjenguk ke rumah jirannya itu dan ternampak mangsa mengalami kecederaan teruk.

"Saya nampak mereka memukul mangsa malah salah seorang suspek lelaki mengajak saya untuk menyertainya memukul manga.

"Saya tidak mengenali mangsa, kami tidak pernah nampak dia di sini mungkin dia orang luar kerana adik-beradik suspek ini yang disini semuanya kami kenal," katanya.

LOKASI mangsa dibunuh ditanam di Kampung Sg Choh. FOTO Fathil Asri

Seorang lagi saksi, Fir, 35, memberitahu, dia turut mendengar bunyi kekecohan dari kediaman suspek sejak pagi namun menganggap itu perselisihan faham biasa antara keluara itu.

Katanya, ketika berehat di hadapan rumah selepas pulang dari kerja dia terlihat salah seorang suspek menaiki motosikal dengan membawa cangkul dan penyodok kira-kira 5 petang.

"Saya pulang dari kerja 4.30 petang macam itu kemudian duduk berehat di hadapan rumah dan terlihat adik perempuan suspek menaiki motosikal sambil membawa cangkul.

"Selalunya dia akan tegur 'bossku' begitu tetapi kali ini dia terus sahaja berlalu pergi, tetapi saya tidak lah mengesyaki apa-apa," katanya.

Katanya, tidak lama kemudian dia dimaklumkan oleh jirannya bahawa mangsa dibelasah dengan teruk sehingga separuh mati di lorong belakang rumah suspek.

"Saya pun pergi ke rumah suspek dengan niat untuk meredakan keadaan tetapi bila sampai keadaan sudah senyap sunyi.

Katanysa, sebelum sempat mereka melaporkan kejadian itu kawasan berkenaan sudah dipenuhi dengan anggota polis selepas laporan diterima daripada isteri salah seorang suspek.

Katanyanya, mayat mangsa ditanam di dalam sebuah lubang cetek yang digali di kawasan belukar kira-kira 50 meter daripada rumah suspek.

"Kami semua agak terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka mereka tergamak melakukan perbuatan itu.

"Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sini. Di sini setiasa aman dan tenang sahaja kerana penduduk tanah lot ini tidak ramai pun," katanya.

Terdahulu maklumat awal diterima Harian Metro melaporkan kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara dua beradik, bagaimanapun polis mengesahkan ia berpunca akibat salah faham pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian seorang daripada mereka.

Mayat mangsa ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum wanita berusia 27 tahun yang juga isteri kepada seorang daripada suspek membuat laporan polis pada 11.25 malam tadi.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, berdasarkan laporan, pada 5 petang, pengadu terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

"Siasatan awal polis menjumpai mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang dipercayai warga tempatan ditanam dalam satu kawasan belukar," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sazreena 26-12-2023 02:47 PM
Kalau bossku bossku ni biasanya 3rd generation pendatang..cam indon, pinoy, banjar dan lelain yg sewaktu dgnnya. Excluding najib sbb bossku ctu dah ke dalam..teybeh.
Quote iolss 26-12-2023 01:31 PM
pelik btl jiran2.. dah nmpk depa bergaduh2 berdarah2 xreti2 repot polis ke? yg bunuh2 ni bangsa apa wei.
Quote Suchi 25-12-2023 01:26 PM
Berani isteri salah sorang suspek tu buat report maybe tak sanggup nk subahat
Btw depa ni bangsa apa awat jiran2 kata dah biasa dengar pergaduhan kat umah tu?

Menakutkan laaa berjiran ngn kaki gaduh ni sedangkan berjiran ngn mak2 yg suka bebel anak pun iols dah serabut. Toksik betul jenis suka bebel ni sama juga ngn laki bini yg suka gaduh.
Quote nono86 25-12-2023 03:27 AM
Tak, kenapa tak report awal2, dah dari siang hari lagi korang tahu ada orang kena belasah? Orang yang buat report tu dah malam, nak dekat 12 tengah malam dah, macam mana korang boleh cakap tak sempat nak buat report, dah ada orang report dulu?
Quote margo20 24-12-2023 08:26 PM
Ape wei bunuh sana sini  

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.104629 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top