Seorang wanita mendedahkan bahtera rumah tangga yang dibina bersama suami memasuki usia empat tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun musnah disebabkan kecurangan lelaki tersebut.
Dia mengakui saiz tubuhnya yang besar menjadi punca si suami mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. “Saya seorang plus size, tinggi 160 sentimeter dan berat 82 kilogram (kg). BMI (indeks jisim badan) memang dah obes tahap satu. “Suatu hari, suami saya kantoi sembang dengan perempuan lain dekat aplikasi Tinder,” kata wanita itu menerusi satu luahan di laman X. Bersemuka secara baik, wanita itu meminta diberikan tempoh selama setahun untuk kembali menarik perhatian suaminya dengan menguruskan badan. Sepanjang tempoh itu, katanya pelbagai usaha yang dilakukan terutama mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan dan aktiviti senaman.
“Hari ini genap setahun tempoh yang saya minta dengan suami, daripada 22 Disember 2022 hingga 22 Disember 2023. Selama tempoh setahun, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 25kg. “Saya diet, bersenam, saya sertai kelas zumba. Saya jaga pemakanan. Berat badan saya sekarang 57kg,” ujarnya lagi. Menyaksikan perubahan yang progresif pada dirinya sendiri, wanita itu kemudian sekali lagi bersemuka dengan suaminya. Namun, apa yang disuarakan wanita itu sememangnya tidak disangka-sangka. “Saya cakap ‘Dah genap setahun hari ini. Jomlah pergi pejabat agama, failkan cerai’,” katanya membuat pengakuan. Menurut wanita itu lagi, hasratnya untuk berpisah ternyata mengejutkan suaminya yang kemudian merayu untuk membatalkan niatnya itu. “Suami saya melutut merayu menangis tak nak (cerai). Dia kata ‘You yang paling cantik di mata I’. Tergelak saya. “Jujurnya, saya dah tawar hati sebab sebelum ni memang macam-macam hal dia dah buat. Doakan saya kuat,” katanya yang nekad mahu berpisah dengan suaminya. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan mempertikaikan keputusan wanita itu, malah menganggap tindakannya sebagai membalas dendam di atas kecurangan suaminya sebelum ini. Sumber: mStar |
Sazreena replied at 26-12-2023 02:54 PM
Dalam masa setahun pastu dia bersemuka..adakah dorang PJJ? Pasal kalau serumah soheh dah leh nampak ...
iznanaziz replied at 26-12-2023 03:00 PM
tu la...aku pun baca..."bersemuka"
tak duk serumah ke?
rikiruj replied at 26-12-2023 04:02 PM
orang obese ni bila turun berat badan, pakai baju nampak cantik la... tapi bila bogel tak berapa nak ...
green~tea replied at 26-12-2023 05:55 PM
2007-2011.. i penah gemok.. masa tu hormon treatment utk fertility... so naik mencanak ke 74 kg.. ...
bebulu replied at 26-12-2023 07:06 PM
Kaka green, maca root tu utk apa?
Tinot7 replied at 26-12-2023 04:06 PM
Mcm tipu jahh.. org pompan nak turun berat bdn dari 82kg ke 57kg dlm masa setahun? Kalau laki voley ...
green~tea replied at 26-12-2023 07:16 PM
Utk stabilize hormon utk org yang 40s.. is either u makan evening primrose or maca root ni.. ka ...
ADVERTISEMENT