Caprice tampil membuat permohonan maaf kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan menggunakan kata kesat terhadap pegawai kanan polis yang terbabit dengan kematian seorang pelajar pada 15 Disember lalu.
Caprice atau Ariz Ramli, 35, menjelaskan kenyataan yang dibuat tidak merujuk kepada seluruh anggota PDRM sebaliknya hanya ditujukan kepada suspek kes berkenaan. "Cap (panggilan Caprice) nak minta maaf kalau ada sesiapa daripada pasukan biru (PDRM) yang terasa dengan apa yang dikatakan saya sebelum ini. "Ayat-ayat yang digunakan di media sosial adalah khas ditujukan kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, melindungi dan menjunjung lencana keramat PDRM," katanya. Caprice berkongsi permohonan maaf itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia menghormati pendapat Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini menekankan tentang integriti dan kedaulatan undang-undang. Penyanyi tersebut turut berharap dapat sama-sama membela nasib rakyat yang dizalimi. "Cap hormat dan hargai pendapat Tan Sri KPN yang sendiri menekankan tentang kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang negara. "Terima kasih tentang kebijaksanaan anda dan insya-Allah kita sama-sama boleh membantu serta membela rakyat Malaysia yang dianiaya," ujarnya.
|
Insomniacs replied at 22-12-2023 09:07 PM
Kdg2 padan muka aje kat si topi nasik nih..suke nyibuk kat mane2.. smua mende dia nak bagi ulasan.. ...
ADVERTISEMENT