CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10760|Reply: 4

Hambur Kata Kesat Terhadap Pegawai Kanan Polis, Caprice Mohon Maaf Kepada Anggota PDRM

  [Copy link]
Post time 22-12-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Caprice tampil membuat permohonan maaf kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan menggunakan kata kesat terhadap pegawai kanan polis yang terbabit dengan kematian seorang pelajar pada 15 Disember lalu.


Caprice atau Ariz Ramli, 35, menjelaskan kenyataan yang dibuat tidak merujuk kepada seluruh anggota PDRM sebaliknya hanya ditujukan kepada suspek kes berkenaan.


Foto: IG




"Cap (panggilan Caprice) nak minta maaf kalau ada sesiapa daripada pasukan biru (PDRM) yang terasa dengan apa yang dikatakan saya sebelum ini.


"Ayat-ayat yang digunakan di media sosial adalah khas ditujukan kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, melindungi dan menjunjung lencana keramat PDRM," katanya.


Caprice berkongsi permohonan maaf itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.










Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia menghormati pendapat Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini menekankan tentang integriti dan kedaulatan undang-undang.


Penyanyi tersebut turut berharap dapat sama-sama membela nasib rakyat yang dizalimi.


"Cap hormat dan hargai pendapat Tan Sri KPN yang sendiri menekankan tentang kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang negara.


"Terima kasih tentang kebijaksanaan anda dan insya-Allah kita sama-sama boleh membantu serta membela rakyat Malaysia yang dianiaya," ujarnya.




  



Pada Khamis, Caprice hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi susulan tindakannya memuat naik video reaksi berhubung insiden itu di media sosial miliknya.


Menerusi perkongsian video dibuat, Caprice menggelarkan anggota polis berkenaan menggunakan kata-kata kesat.


Dalam kejadian itu, mangsa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas didakwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.




  



Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara mangsa dan suspek susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.


Hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada dan abdomen.


Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, Ipoh.




  



Sementara itu, pegawai polis kanan tersebut, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin lalu atas tuduhan membunuh.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.


Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 04:41 PM | Show all posts
7 Februari baru nak sebutan... agak2 sempat cabut ke australia tak yaa... hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 padan muka aje kat si topi nasik nih..suke nyibuk kat mane2.. smua mende dia nak bagi ulasan.. meluat pulakkk akuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Insomniacs replied at 22-12-2023 09:07 PM
Kdg2 padan muka aje kat si topi nasik nih..suke nyibuk kat mane2.. smua mende dia nak bagi ulasan..  ...

Semua benda dia nak kaut jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa I baca rempanan dia ikut slang pelat lidah pendek dia plk...hahaha
Dah tua2 still dok bahasakan nama lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.223052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list