CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Kena Sauk Sebab Degil Tak Nak Balik Rumah

22-12-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14486| Komen: 29

Description: PETALING JAYA – Rakaman video seekor kucing ditangkap menggunakan sauk kerana enggan pulang ke rumah membuatkan netizen terhibur.
PETALING JAYA – Rakaman video seekor kucing ditangkap menggunakan sauk kerana enggan pulang ke rumah membuatkan netizen terhibur.

Menurut pemilik @melhikari di TikTok, kucing bernama ‘Ketip’ itu sering bersembunyi di bawah kereta dan tidak menghiraukan panggilan pemiliknya jika disuruh pulang.



“Rutin harian jemput ‘Ketip’ untuk balik ke rumah. Kalau mak yang sauk, kucing tak akan lawan. Kalau saya yang sauk, kucing itu akan lompat katak pula nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan wanita itu kerana dianggap menganiaya kucing.



“Cuba awak ambil ‘Ketip’ guna tangan nak tengok berapa hari awak kena ambil MC. ‘Kutip’ ini dia kucing yang agresif dan suka gigit atau cakar tangan orang. Dia nak bergurau tapi dia tak reti,” jelasnya.


Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat kucing tersebut.



“Comel pula dia duduk santai dalam sauk itu, macam tidur dalam buaian bayi,” komen Nat Rozali.

“Nak beli jugalah sauk itu. Kucing kita kalau dipanggil memang jalan macam tak kenal tuan dia,” tambah Rica. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 22-12-2023 10:40 AM
meols selalu tgk kat grup kucing tuan dia update pasal si ketip kaki kutip ni... kemaen makan mak suapkan
Quote gigahertz 22-12-2023 10:46 AM
kikuri replied at 22-12-2023 02:40 AM
meols selalu tgk kat grup kucing tuan dia update pasal si ketip kaki kutip ni... kemaen makan mak su ...

kucing i pulak setiap dua jam dia nak makan wetfood.
dia nak pouch tak nak tin.
yang manufacture pulak bongok perisa pouch dengan tin x sama.
sehari kalau di ikutkan kena bagi dia makan 9 pouch ( setiap 2 jam bermula 8 pagi to 12 tgh mlm )
satu pouch RM 2 . darab 9 pouch = RM 18
RM 18 x 10 hari  = RM 180
RM 180 + RM 180 + RM 180 = RM 540

sama dengan installment myvi secondhand.
Quote sayurmayur88 22-12-2023 10:58 AM
baru jer nampak ni kt tiktok
Quote white_musk 22-12-2023 10:59 AM
jikalau kita membela ayam, kita boleh makan dia..
tetapi jika membela kucing, kita kena bagi makanan kat dia..

kucing sentiasa lapar
Quote bottombikini 22-12-2023 11:01 AM
macam2 lah netizen
menganiaya apa pulak
tengok enjoy je si dompot dok dalam tu
Quote AbukRokok 22-12-2023 11:09 AM
Quote Decaffeinated 22-12-2023 11:11 AM
90% of the time I hate cats lagi2 yang sampai panjat kaki aku kat food court tu. Nasib ko ja lah aku ni tak makan kucing. Sekian.
Quote Kitty_catz 22-12-2023 11:13 AM
lerr hai.. pemes ko ketip nakkk

sampai masuk porem cari
Quote TomyamPuteh 22-12-2023 11:23 AM
Aku tak pernah bela haiwan kaki 2 atau 4.Mak aku pesan kalau tak blh jaga elok2 jgn bela lgsg. Buat dosa je.
Quote ninja boy 22-12-2023 11:29 AM
Biasa kucing bermasalah spt gigit kaki, bulu luruh, kurap, kencing merata, kuat mkn macam hantu raya mmg dah lama kena buang
Quote syamzana 22-12-2023 11:38 AM
dulu arwah kucing iols suka lari2 sekuat hati ujung ke ujung hall pastu zasss masuk dlm handbag iols
dok la senyap dikkkk dlm tu konon main hide&seek, koser la nak main2 org byk keje tgk2 angkat handbag nak p keje berat yakmatss, tetido dlm tu rupanya tggu i mai cari. dia igt handbag iols rm100 agaknya
tp kalau dgn org luar sejenis mcm ketip ni la jugak garang giler nak mencakar je kejenya.
Quote Skuau 22-12-2023 11:44 AM
Edited by Skuau at 22-12-2023 11:45 AM
gigahertz replied at 22-12-2023 10:46 AM
kucing i pulak setiap dua jam dia nak makan wetfood.
dia nak pouch tak nak tin.
yang manufacture p ...


duit abes kat kucing jer..pastu meroyan m40 apa pon xde bantuan drp gomen...
Quote laqoyah 22-12-2023 11:48 AM
Boring nye topik apa ni anat??
Quote _kelly 22-12-2023 12:46 PM
syamzana replied at 22-12-2023 11:38 AM
dulu arwah kucing iols suka lari2 sekuat hati ujung ke ujung hall pastu zasss masuk dlm handbag iols ...

haha comelnya perangai tunggu bibik datang cari sampai tertidur
Quote Queenmastani 22-12-2023 01:14 PM
Amboi kutip/ketip dh famos masuk forum..bangga acik dgn kutip/ketip…
Quote dua_chzy 22-12-2023 01:16 PM
Ngada la netizens ni. Menganiaya apanya ko tak nampak acik tu buat kerja cemana. Pantas dan tangkas ok cara dia sauk. Kalau aku pun koser nak dukung kucing gemuk gitu pakai tangan. Dah la berat, kotor pula tu.
Quote isseliparjepun 22-12-2023 01:19 PM
Gemoknye budak ni. Dah disauk pun siap ngiau ngiau. Mak I dulu ada kucing ala2 si Ketip ni. Gemok, lepas tu taknak dengan orang lain. Dengan mak I je dia nak. Petang petang dia keluar ikut mak pergi kebun, sape je berani nak tangkap dia. Mak jugak la menggendong bawak balik rumah.
Quote B40tastePosh 22-12-2023 01:33 PM
gigahertz replied at 22-12-2023 10:46 AM
kucing i pulak setiap dua jam dia nak makan wetfood.
dia nak pouch tak nak tin.
yang manufacture p ...

Aku bagi makan sekadar suruh diorg kerja tangkap tikus.
Quote sharlenetexas 22-12-2023 03:51 PM
gigahertz replied at 22-12-2023 10:46 AM
kucing i pulak setiap dua jam dia nak makan wetfood.
dia nak pouch tak nak tin.
yang manufacture p ...

Berapa kilo kucing uols?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top