CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemaskan Baju Untuk Pergi Bercuti, Rozita Che Wan Dianggap Terlampau Manjakan Anak

21-12-2023 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20819| Komen: 41

“Bukan manjakan anak-anak.”

Demikian respons pelakon Rozita Che Wan selepas tindakannya mengemas dan menyusun atur pakaian percutian anak-anak lelakinya meraih pelbagai reaksi daripada netizen.


Foto: IG

Bukan sekadar pujian, dia yang mesra disapa sebagai Che Ta turut ditegur agar tidak berterusan melakukan hal sedemikian kerana bimbang akan memanjakan anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Tegas Che Ta atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar, 50, dia hanya sekadar melakukan rutin biasa sebagai seorang ibu dan pastinya ingin memastikan anak-anaknya memakai pakaian yang sesuai dan selesa ketika bercuti.



“Hanya disebabkan mengemas dan menyusun pakaian percutian anak-anak, ada yang cakap saya manjakan mereka serta akan sukar untuk mendapatkan menantu.

“Tak baik, bukan manjakan tetapi kaum ibu lain pasti nak lakukannya juga cuma tidak berkesempatan atau mungkin tiada masa,” katanya dalam sebuah video.

Tambah isteri kepada aktor Zain Saidin itu, dia juga meminta orang ramai berhenti melemparkan dakwaan dia sengaja menayang pakaian dan barangan jenama mewah dimiliki anak-anaknya.


“Ada yang kata saya nak menunjuk jenama mewah. Nauzubillah tiada niat pun.

“Ramai yang meminta saya tunjuk bagaimana cara mengemas baju. Jangan dilihat jenama-jenama mewah itu,” katanya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, dia dilihat menyusun baju-baju yang akan dipakai mengikut hari dan warna.



Dia juga turut mencetak gambar memaparkan cara pemakaian yang betul untuk rujukan anak-anaknya.

Difahamkan, Che Ta mengemas beg pakaian tersebut untuk Ammar dan Aniq yang akan bercuti selama lima hari ke Bangkok, Thailand. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 21-12-2023 02:46 PM
Baju utk snap2 mestilah sedondon 1 famili mestilah mak tentukan
Quote I.K.A888990 21-12-2023 02:50 PM
laaaahhh ni bukan dah ada ke benang dulu
Quote manehnya 21-12-2023 02:54 PM
overprotected, kalau mak x dak x bleh hidup
Quote edayildiz 21-12-2023 02:57 PM
kalau umo 3 thn xpe jgk
Quote farlis 21-12-2023 02:57 PM
Hehehe..elakkan la cari psgn anak mak mcm ni.. Dh biasa dimanjakan, disediakan everything...
Quote mamajawie 21-12-2023 03:02 PM
x sakit leher ke nekta berpuluh tahun posing cenggitu?
Quote somaki 21-12-2023 03:18 PM
Nape dalam gambar tu zain nampak macam ada ketet
Quote Prickford 21-12-2023 03:31 PM
ninja boy replied at 21-12-2023 06:46 AM
Baju utk snap2 mestilah sedondon 1 famili mestilah mak tentukan

Geli aih anak2 bujang sheolls still lagi nak menepek ootd sedondon dgn mak deyols. Kalau time hari raya tu lain cerita la. Ni manjang pegi mana2 kena buat gitu. Holiday yg supposed utk rehat2 pon pening2 pikir nak sedondon demi sekeping gambar.

Quote Yoonggi 21-12-2023 03:33 PM
mana x dia yg kena kemaskan, dah dia nak semua seragam bila bergambar. anak2 laki dia pun leh lak menurut je, salu bila dah dewasa camtu kan malu nak pakai sedondon camtu. lgpun mesti masing2 ada taste fesyen masing2 kan? mcm x bebas nk beridentiti sendiri plak
Quote sismarkonah 21-12-2023 03:37 PM
manehnya replied at 21-12-2023 02:54 PM
overprotected, kalau mak x dak x bleh hidup

semoga cikta panjang umur sampai cicit kahwin dan dapat piut, nanti merasa la dapat amik gambor nenek,anak, cucu, cicit dan piut


Quote AkokKocik 21-12-2023 03:51 PM
Disebabkn pangai mak2 mcm ni yg anak2 lelaki jd bewak.
Quote manehnya 21-12-2023 04:02 PM
sismarkonah replied at 21-12-2023 03:37 PM
semoga cikta panjang umur sampai cicit kahwin dan dapat piut, nanti merasa la dapat amik gambor ne ...

ye lah moga panjang umor, leh tgk ecah kawin ngan anak raja yea
Quote belacan_gurl 21-12-2023 04:17 PM
Gemuk dah zain
Quote noor2 21-12-2023 04:35 PM
Anak2 dia sukahati dialah....nitizen ni perfect beno ke hidup depa ni...
Quote LadyCarefree 21-12-2023 05:50 PM
Prickford replied at 21-12-2023 02:31 PM
Geli aih anak2 bujang sheolls still lagi nak menepek ootd sedondon dgn mak deyols. Kalau time hari ...

Pakaian kumpulan boria ni dah soooooo yesterday dan kedesaan.
Nekta ni xbasuh dulu je baju? Packing dgn tag sekali. LOL.
Org kalau dah biasa travel sana sini, dia bijak travel light Nekta oooiii bukannya dibebankan dgn luggages yg banyak. Dan xheran nak berootd segala.
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 06:54 PM
Terpaling nenek!!!!
Quote takayama 21-12-2023 07:05 PM
Bukan Cik ta aje yg kemaskan kain bj anak2 klu nk gie holiday, kaka pun sama sbb menyampah bila diaorg kemas sendiri kang ada aje yg tertinggal end up kena beli plk kt destinasi dituju maka bila nk blk kg atau holiday mmg kaka kemas tapi bila dah blk ke rumah silalah buat sendiri seblm mak bertukar jd singa
Quote Denco 21-12-2023 07:15 PM
Zain terus auto kepam berbinikan nenek ta... Trus nmpak tua

Banding masa dia berlakon eh my English tu, helok cket
Quote Afifi82 21-12-2023 07:36 PM
Siap dia print gambo utk nak tunjuk hat mana yg nk kena pakai.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.047682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top