CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pendakwah Terima Hantaran Lebih 1 Bilion

21-12-2023 01:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22834| Komen: 11

Jakarta: Seorang pengantin perempuan mendapat hantaran daripada pasangannya dengan nilai keseluruhan  lebih 1 bilion rupiah (RM300,000) di Tasikmalaya, Jawa Indonesia, lapor portal berita Jawa Pos.com hari ini.


Pengantin wanita dikenali sebagai Ning Qu atau nama sebenarnya, Qurrotu Aini Rahman itu merupakan anak sulung kepada pendakwah terkenal, Syekh Akbar Muhammad Fathurahman. 


Dia yang berkahwin dengan seorang pemuda, Muhammad Faisal Ramadhan mendapat wang tunai sebanyak 500 juta rupiah (RM150,186) bersama 500 gram emas,  dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion rupiah baru-baru ini.

Sebelum melangsungkan akad nikah di Masjid Besar Al Fattah, Tasikmalaya, Muhammad Faisal datang dengan menaiki seekor kuda tinggi lagi besar.

Berita pernikahan itu mendapat komen netizen dengan ada menyatakan rasa kagum dengan nilai hantaran tersebut.

“Emas 500 gram, wang 500 juta. Mudah-mudahan rezekinya bertambah,” kata seorang netizen. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-12-2023 03:13 AM
Takyah convert pi ringgit la hoi. Terus musnah nilai gemerlapan biliyun2 lepas convert to ringgit.
Quote dua_chzy 21-12-2023 03:15 AM
'Seekor kuda tinggi lagi besar'

Perlu ke perkataan 'lagi' tu? Ada bau2 israiliyat membesar2kan cerita ja hoccay.
Quote menjad 21-12-2023 06:59 AM
1 billion rupiah lebih kurang 1kilo emas jer.
Berbaloi jugak
Quote sayurmayur88 21-12-2023 07:22 AM
rupiah je kot
Quote noor2 21-12-2023 07:22 AM
Family pendakwah pun x ikut cara anak rasulullah.  Pandang harta juga?. Knp x ikut sunnah?
Quote ipes2 21-12-2023 07:42 AM
dah agak tadi tu
Quote AkokKocik 21-12-2023 08:10 AM
Baru nak rasa kagum...bertuahnya...alih2 bila di tukar ke ringgit, alahai....hihi.
Quote Yoonggi 21-12-2023 08:58 AM
besar nilai dia tu kt tmpt dia
Quote lilacomot 21-12-2023 09:51 AM
sedangkan lelaki2 d Malaysia dok meratib mas kahwin senaskah alQuran lbih afdal katanye...
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:40 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.139748 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top