CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Kes Menghendap Jurugambar Wanita, Teruskan Dengan Perbicaraan

21-12-2023 01:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22390| Komen: 10

Shah Alam: Mahkamah Majistret hari ini menolak pengakuan bersalah seorang bekas pereka sambilan atas tuduhan menghendap jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang kali melalui aplikasi X.


Susulan itu, Majistret Sasha Diana Sabtu, menetapkan 17 Januari depan untuk perbicaraan kes membabitkan Mohamad Safiq Rosli, 37, yang turut menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan pihak pendakwaan yang berhujah bahawa pengakuan itu bersyarat.


"Saya tidak menerima pengakuan bersalah tertuduh dan teruskan dengan perbicaraan.

"Perbicaraan itu akan ada tiga saksi pendakwaan disertakan dengan penyataan saksi," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, menyatakan hasrat untuk meneruskan kes itu dengan perbicaraan, walaupun lelaki terbabit sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang disifatkan bersyarat.


Katanya, laporan psikiatri membuktikan tertuduh tidak ketidakwarasan ketika melakukan kesalahan itu, namun ia tidak mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

"Tertuduh perlu memenuhi faktor ketidakwarasan mengikut undang-undang dan ketidakwarasan dalam laporan perubatan untuk digunakan dalam pengakuan bersalah.

"Laporan perubatan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta hanya pemeriksaan kesihatan mengenai ketidakwarasan, pemeriksaan ketidakwarasan ikut undang-undang tidak terjawab.

"Satu-satunya cara untuk membuktikan ketidakwarasan ikut undang-undang adalah dengan perbicaraan penuh," katanya.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Fithril Hakim Ab Jalil, berkata keadilan tidak ditegakkan jika anak guam dikekalkan dalam penjara susulan keadaan mentalnya.

Beliau memohon mahkamah menggunakan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah untuk membebaskan seseorang atas pertuduhan di mahkamah atas alasan gangguan mental, sebelum mengarahkannya ditahan di hospital mental mengikut tempoh diperkenan Sultan Selangor.

"Pihak pendakwaan tahu mengenai keadaan mental tertuduh ketika menyatakan kes ini perlu dibawa untuk perbicaraan.

"Anak guam akan terus berada dalam penjara dan tiada keadilan untuknya jika kekal di situ," katanya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan akaun X '@sopert99' secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, dengan menghantar komunikasi kepada akaun X '@ShaFoShizzle' yang dibaca di sebuah rumah di Shah Alam.

Tertuduh sepatutnya tahu bahawa gangguan dilakukan jam 1.40 pagi pada 15 Julai hingga 5.58 petang 21 Julai lalu itu boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 507A (3) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Polis menerima laporan berhubung kes terbabit pada 2018 di mana mangsa didakwa mula diganggu sejak 2016 melalui komen di halaman blognya, sebelum mula dihendap sejak 2017, malah pernah diekori ke sebuah restoran makanan segera dan rumah.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 21-12-2023 08:14 AM
semoga ada keadilan untuk mangsa
Quote BoongaKertas 21-12-2023 08:18 AM
rasa mcm nak meraikan plak yg court reject plea guilty mamat ni. moga ada keadilan utk acacia juga. scarry kot kena stalk mcm tu sekali.
Quote Decaffeinated 21-12-2023 08:23 AM
I'd like to follow this case closely sebab ada somebody in my circle pun jadi mangsa stalker except budak ni jantan kena stalk dgn pompuan. Lagi haru mat.
Quote sukacactus 21-12-2023 08:43 AM
Semoga diadili seadil2nya
Lemas kena stalk ni
Xselesa & menakutkan
Quote zehra2 21-12-2023 08:53 AM
boleh la kita dgr kegilaan nya men stalk dlm perbicaraan nanti. elok dilondeh je. jd pengajaran pd yg lain.
Quote JamilBinAbu 21-12-2023 08:59 AM
tetiba sekarang tak waras pulak. Selama ni masa dia stalk & ganggu perempuan tu bertahun2...family dia biarkan je, tak pulak pergi bawak pergi psychiatrist.

Quote tompie 21-12-2023 10:05 AM
Decaffeinated replied at 21-12-2023 08:23 AM
I'd like to follow this case closely sebab ada somebody in my circle pun jadi mangsa stalker except  ...

betul ke kena stalk dengan pompuan? ke kena stalk dengan geng kunyik eligibility?
Quote Decaffeinated 21-12-2023 10:09 AM
tompie replied at 21-12-2023 10:05 AM
betul ke kena stalk dengan pompuan? ke kena stalk dengan geng kunyik eligibility?

tah le noks. Siap engage third party lagi. Skeri ka tak nyah.

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:40 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.177804 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top