CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Baharu Terkandas Di KLIA, Bulan Madu Ke Turkiye Musnah Gara-Gara Passport Basah

20-12-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15069| Komen: 17

Description: Hasrat pasangan pengantin baharu nak berbulan madu di luar negara tidak kesampaian gara-gara masalah pasport basah.
Hasrat pasangan pengantin baharu nak berbulan madu di luar negara tidak kesampaian gara-gara masalah pasport basah.

Baru lebih sebulan bernikah pada 4 November lalu, Muhammad Fikry Azman tidak menyangka hal itu menjadi episod hitam buat dia dan isteri, Nur Amira Fatin Norazmi.


Berkongsi cerita kepada mStar, pengantin berusia 29 tahun itu berkata, mereka sepatutnya mengikuti rombongan ke Turkiye yang diuruskan satu agensi pengembaraan pada pagi Ahad lalu.


Foto: mStar

Menurut Fikry, dia yang bertugas di Singapura masih bekerja pada Sabtu dan merancang untuk menginap di sebuah hotel di Sepang, Selangor sebelum pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pada Sabtu lalu saya kerja sampai ke petang. Dalam perjalanan balik ke rumah sewa di Gelang Patah di Johor, hujan lebat sangat ketika keluar dari Singapura.

“Beg pula tak kalis air dan pasport pula tak ada cover. Setibanya di rumah, saya tengok 80 peratus pasport dah basah,” katanya kepada mStar.


Fikry yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu mengakui dia dan isteri dalam keadaan tergesa-gesa dalam membuat persiapan akhir sebelum bertolak ke Sepang.

“Masa tu tak fikir nak keringkan dulu, sebab ada barang-barang nak beli dan tukar duit. Malam tu kami bertolak dan saya memandu sampai di Sepang kira-kira pukul 1 pagi.

“Esok pagi di KLIA masa tour guide minta pasport untuk urusan daftar masuk, baru sedar pasport masih belum dikeringkan. Isteri pula tak ada pengering rambut,” katanya yang panik dan bergegas ke tandas di KLIA untuk mengeringkan dokumen perjalanannya itu.

Bekerja selama lebih tiga tahun di Republik itu, dia bagaimanapun akur apabila dimaklumkan bahawa keadaan pasport miliknya itu dianggap sebagai sebagai pasport rosak yang tidak mengikut piawaian dalam pemeriksaan imigresen.

“Kebimbangan nanti jika lepas pun, kemungkinan akan ada masalah apabila sampai di Turkiye. Jadi, saya terpaksa akur tak dapat menaiki penerbangan.

“Jujurnya, masa tahu tak dapat pergi tu saya menangis di KLIA sebab percutian bulan madu ni sudah dirancang sejak awal lagi sebelum kami kahwin,” ujarnya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut Fikry, percutian ke Turkiye selama sembilan hari dan tujuh malam ke tempat-tempat menarik seperti Istanbul, Cappadocia, Pamukkale dan Bursa menjadi pilihannya bersama isteri berikutan ia begitu popular sebagai destinasi popular untuk berbulan madu.

“Hari jadi saya dan isteri pula dekat-dekat iaitu 22 dan 23 Disember. Ingatkan nak honeymoon dan raikan birthday sekali. Tapi saya reda sebab memang salah saya pun.

“Saya tanya isteri, kenapa tak pergi je dulu tanpa saya? Dia kata biarlah kami pergi sebagai pasangan untuk bulan madu. Kalau saya nak renew pasport mengambil masa dan mengganggu perjalanan,” tambahnya.

Menurut laman web Jabatan Imigresen, kelulusan permohonan gantian pasport yang hilang atau rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima.

Mengakui kesilapan sendiri, Fikry dan isteri mengalami kerugian berjumlah RM16,000 termasuk pembelian barang-barang untuk ke Turkiye dan kesemuanya tiada bayaran balik.

Mengenai perkongsian kisahnya di laman sosial, Fikry berharap ia dijadikan pengajaran kepada semua mengenai kepentingan pasport sebagai dokumen perjalanan dan membuat persiapan lengkap untuk ke luar negara.

“Sebenarnya kalau nak beli barang-barang macam baju atau kasut itu hal kedua. Paling diutamakan adalah pasport dan pastikan ia dalam keadaan baik.

“Kami reda bukan rezeki untuk berbulan madu kali ini. Tapi kami tetap mahu ke Turkiye bersama dan insyaAllah ke sana tahun depan sekiranya ada rezeki nanti,” katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 20-12-2023 05:45 PM
mangsa kebodohan sendiri
Quote ezacbee 20-12-2023 05:50 PM
Pelik tul, keje sg tapi xde cover passport. Jenis malas nak pikir, main asal boleh.

Klo aku pegilah sorang dah alang2 bayar. Dah laki bebal tinggalkan je.

Quote slyfynx 20-12-2023 06:10 PM
Fikry yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu mengakui dia dan isteri dalam keadaan tergesa-gesa dalam membuat persiapan akhir sebelum bertolak ke Sepang.


Cleaner kt SG pun bulan madu Turkiye. Sian nilai RM kan
Quote Kitty_catz 20-12-2023 06:10 PM
sesaja nak  buat content ke acaner neh?

takkan le sanggup nak canang kebodoean sendiwi
Quote Pajeri_Nenas 20-12-2023 07:23 PM
Motip bgtau keje manager Di sinkpore
Quote LadyCarefree 20-12-2023 07:53 PM
nazzse replied at 20-12-2023 04:45 PM
mangsa kebodohan sendiri

Kan? Dah rancang dari sebelum kahwin konon. Perancangan apa gitu sampai tergesa xtentu hala? Dahlah bazir duit ikut travel agent. Turki tu murah gila segalanya. 16k utk 2 org 7mlm bazir duit. Baik ko diy duit bnyk tu boleh jd percutian mewah.
Quote sambaldurian 20-12-2023 08:27 PM
Bagus jgk ada citer ni, serius xtau pasport basah kira rosak. Ingat boleh kawtim. So kena letak dlm plastik cover la ni. Aku pulak jenis x beli cover plastik.Tp pasport tu mmg letak dlm wallet kecil.
Quote rosmahisham 20-12-2023 08:40 PM
Edited by rosmahisham at 20-12-2023 08:41 PM

Ada plastic cover kdg2 ada negara yg strict suh bukak..suh simpan..ada yg buat muka bengang je..tp 16k g turkiye biar betul..jgn la kira brg2 yg ko dh buat persediaan tu x leh dikira rugi pon sebenarnya..ko blh pakai lg next trip.klu 8k seorg baik g europe je.
Quote ulamalu 20-12-2023 08:47 PM
Mmg passport x boleh ada cover kan, senang imigresen memana negara utk scan.  Kalau nak htr embassy utk buat visa pun, cover semua kena buka.
Quote fefeeling 20-12-2023 10:00 PM
rosmahisham replied at 20-12-2023 08:40 PM
Ada plastic cover kdg2 ada negara yg strict suh bukak..suh simpan..ada yg buat muka bengang je..tp 1 ...

Aku ada cover tu mula2 cm pakai sbb tebal tp semak pulak take up space dlm beg.. bukak buang jelah… also aku rasa colour ori kulit passport kita cantik meghelit kot deep red kalau nak compare negara lain.. laki aku passport baru great britain langsung hitam pekat, klu masuk beg kena ikat skali dgn passport aku baru timbul senang capai skali jalan
Quote idase76 20-12-2023 10:14 PM
Beli je plastik ziplock kat daiso mr diy tu utk simpan pasport.. takyah acah2 cover pasport mahal2 kalau kat autogate kena bukak jugak buang masa je
Quote SalenaGomez 20-12-2023 10:31 PM
sambaldurian replied at 20-12-2023 08:27 PM
Bagus jgk ada citer ni, serius xtau pasport basah kira rosak. Ingat boleh kawtim. So kena letak dlm  ...

Alaa beli je kat kedai ecoshop. Beli bag zip ada size kecik. Murah, mudah nak guna dan zip je bag tu
Quote prettyuglybabe 21-12-2023 06:06 PM
kerja berulang sg hari-hari takkan tak tau betapa pentingnya jaga passport..
dah tau passport tak cover beg tak waterproof kau selamba juga redah hujan..
pastu gi imig buat muka kesian nak bayar denda..
Quote kimsa-ra 21-12-2023 06:11 PM
bagus juga berita ni. tak terfikir kadang2.
Quote Rogue98 21-12-2023 06:37 PM
Terlebih sedut gas agaknye...
Quote green~tea 21-12-2023 06:41 PM
Ko amek travel insurance ke tidak.. kalo amek ko bleh dpt balik segala belanja yang dah hangus tu


Bodoh la diorang neh.. terang2 dlm website ckp kalo pasport rosak kena air, kena chemical, kena conteng mmg renyah
Quote green~tea 21-12-2023 06:43 PM
Edited by green~tea at 21-12-2023 06:44 PM
ulamalu replied at 20-12-2023 08:47 PM
Mmg passport x boleh ada cover kan, senang imigresen memana negara utk scan.  Kalau nak htr embassy  ...


Boleh.. beli clear cover tu je..

Cover passport fancy2 mmg kena bukak le.. so far i pakai clear cover semua settle lepas even autogate nak scan takyah bukak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.054901 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top