Seorang individu terpanggil untuk berkongsi pandangannya berkaitan hal ini berdasarkan pengalaman sendiri, agar dapat menjadi teladan kepada orang lain. Menurut individu berkenaan, dia dan keluarga pernah menetap di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu dan rumahnya selalu menjadi 'sasaran' oleh kenalan keluarganya untuk menumpang ketika bercuti di pulau peranginan itu.
"Boleh kata ada saja kenalan abah atau mama yang datang singgah bercuti di sana, akan stay dekat rumah. Ada yang berbondong-bondong bawak member lain yang kitaorang tak kenal pun, menumpang sama. "Siap ada yang recommend 'hang kalau boleh pi Langkawi, hang contact kawan aku ni. Boleh duduk rumah dia'. Tu dia... Dia dah menumpang free, dia recommend pula kenalan dia yang tak kita tak kenal suruh stay rumah kita. Kau ingat rumah tumpangan tak berbayar? "Orang dulu-dulu mungkin tak kisah. Tapi tengok mama aku penat nak kemas rumah, nak jamu juadah bagai... Kalah housekeeping.
"Dulu masa kecil tak berapa faham lagi, dah besar ni makin faham. Rasa macam orang ambil kesempatan," kongsinya. Tambahnya lagi, tidak salah untuk menumpang sekiranya ada saudara mara atau kenalan terdekat yang ikhlas melayan, namun mereka tidak sewajarnya melupakan adab sebagai tetamu. "Tapi dah menumpang janganlah pula buat rumah orang macam hotel. Nak keluar jalan-jalan, tunggu orang jamu breakfast la, tunggu orang buatkan air la. "Tempat tidur pula biar bersepah. Balik tengah malam 2-3 pagi tuan rumah dah tidur nak kena tunggu buka pintu, bangun pagi pukul 11 hingga 12 tengah hari, tuan rumah pun sakit mata tengok rumah berselerak. "Takda housekeeping atau waiter yang boleh kemas barang-barang korang tu ye," ujarnya. Dia berpendapat, setiap orang perlu mengubah pemikiran seiring dengan peredaran zaman lebih-lebih lagi ketika ini sudah banyak jenis penginapan dan kemudahan yang boleh ditempah mengikut bajet masing-masing. "Dah nak penghujung 2023. Ubah-ubah la mindset tu. Tak kira la awak sesiapa pun, kalau nak bercuti pastikan duit simpanan cukup sepenuhnya. "Sekarang zaman teknologi internet di hujung jari. Nak cari info apa-apa tekan saja phone tu. Semua ada. Hotel, chalet, homestay banyak yang tumbuh sekarang. Dah tak tahu atau tak pasti nak cari mana, barulah tanya orang lain. "Maaf ya bukan kita tak raikan sunnah Nabi, tak raikan tetamu. Tapi kalau diri kita saja asyik nak terkena dengan jenis macam ni, silakan terus melayan kalau sanggup. "Saya tak sanggup, nanti tak ikhlas jadi berdosa. Baik saya elak awal-awal," akhirinya. Posting individu berkenaan meraih sehingga 866 shares di Facebook, malah rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakan. "Kalau travel memang tak nak susahkan adik-beradik dan rakan-rakan, kena faham situasi mereka. Lagipun kita nak kena jaga aurat dengan ipar duai. Sebab tu saya selesa check-in hotel. "Setuju sangat-sangat, sebab dah rasa orang buat rumah kita macam hotel, bersepah-sepah dengan toilet dan bilik air pun sampai kotor... tersumbat barang yang tak sepatutnya. "Aku paling tak suka duduk rumah orang. Risau menyusahkan tuan rumah dan kami memang takkan roger kawan-kawan dekat tempat kami holiday melainkan hanya jumpa di luar atau singgah sekejap je rumah dia," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.
isseliparjepun replied at 20-12-2023 05:57 PM
Ada ke orang jenis tak reti malu nak menumpang rumah orang ni? Kalau airbnb tu lain la.
ADVERTISEMENT