Identiti mayat seorang wanita yang ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang lelaki di parkir sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Klang pada Selasa telah pun dikenal pasti. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, wanita berkenaan dikenali sebagai Xu Jia Ling merupakan seorang penyanyi tempatan.
Memetik laporan China Press, hasil siasatan mendapati penyanyi berusia 26 tahun itu ditikam oleh lelaki yang mengejar cintanya sejak dua tahun lalu. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan kerana cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad lalu. Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka selesai makan tengah hari.
Malah suspek juga membawa pulang mayat mangsa ke rumahnya dan cuba menyedarkan mangsa namun tidak berjaya. "Pada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan. "Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya. Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hasil bedah bedah siasat juga menunjukkan terhadap mangsa mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan. -CARI Sumber: mStar
|
BoongaKertas replied at 20-12-2023 08:48 AM
iols baca news cina kata sheols ada anak baru 3 tahun. kesiannya. dah nak kawen dgn bf jan 2024.
gigahertz replied at 20-12-2023 11:49 AM
Anak dia tu nanti JKM bela ke ?
ADVERTISEMENT