CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terjun Jambatan Penang Lepas Tetak Wanita Sampai Mati, Polis Dedah Hubungan Suspek Dan Mangsa

20-12-2023 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16928| Komen: 25

Description: BUTTERWORTH: Semalam, gempar kejadian seorang wanita maut dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, di sini.
BUTTERWORTH: Semalam, gempar kejadian seorang wanita maut dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, di sini.

Mangsa dalam insiden kira-kira jam 11.10 pagi itu berusia 42 tahun, parah di belakang leher dan bahu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dilaporkan meninggal dunia kira-kira 50 minit kemudian, manakala suspek pula berusia 29 tahun.


Lelaki berkenaan kemudian menunggang motosikal sambil dikejar oleh orang ramai yang menyedari kejadian, selepas itu bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang, tetapi berjaya diselamatkan nelayan sebelum diserahkan kepada polis dan kini menerima rawatan di hospital.


Foto: Berita Harian

Kejadian terbabit yang berjaya dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) di kawasan berhampiran hingga tular di media sosial, mengundang reaksi warganet, termasuk pelbagai andaian berkait identiti mangsa dan suspek.


Identiti mangsa dikenal pasti polis yang hari ini memaklumkan, wanita yang maut itu sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata siasatan mendapati mangsa adalah ibu saudara lelaki berusia 29 tahun berkenaan yang kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Kita menahan reman suspek di hospital terbabit. Setakat ini siasatan mendapati si mati adalah ibu saudara suspek. Polis masih menyiasat motif suspek menetak mangsa," katanya ketika dihubungi menerusi Aplikasi WhatsApp. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apech 20-12-2023 03:14 PM
sadis ya dia tetak
Quote _blackbird 20-12-2023 03:21 PM
biasa fam related kalau tetak menetak ni dadah je lah. kalau gaduh sebab mulut makcik hangsuang bertumbuk je ehh tapi ada juga kena tikam sebab mulut jahat.
Quote Bihungoreng 20-12-2023 03:36 PM
Edited by Bihungoreng at 20-12-2023 06:53 PM

seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan dia tu. biasa org lari kan takut kena tetak sekali. mungkin kawan tu kenal penetak ke tah la.. eii ngeriii.. katenya yg menetak tu boipreng mangsa..

Edit i tak sure yeke gepreng. Sebab baca komen video tu kata gepreng
Quote grouper 20-12-2023 03:54 PM
Hari2 kes bunuh..nak kena pkp balik baru reda kot
Quote pooh~key 20-12-2023 04:06 PM
Bihungoreng replied at 20-12-2023 03:36 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan  ...

Maksudnya dia bercintun dengan mak sedara dia sendiri sissy?
Quote rifaa 20-12-2023 04:09 PM
seram tgk bideo tu...nampak dia libas kuat  
Quote Yoonggi 20-12-2023 04:27 PM
x sanggup nk tgk video. cuma nk tau knp dia tetak makcik dia?
Quote lilacomot 20-12-2023 04:33 PM
lagi kes lelaki tetak pompuan...mkn dadah ke jantan2 ni smua..suke2 je bunuh org
Quote Decaffeinated 20-12-2023 04:37 PM
Bihungoreng replied at 20-12-2023 03:36 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan  ...

Cinta terlarang?

Quote Skuau 20-12-2023 05:20 PM
grouper replied at 20-12-2023 03:54 PM
Hari2 kes bunuh..nak kena pkp balik baru reda kot

TERFIKIRKAH mengapa virus itu 'DIHANTAR BALIK'???(ke Msia)
Quote Skuau 20-12-2023 05:22 PM
Decaffeinated replied at 20-12-2023 04:37 PM
Cinta terlarang?

mak sedara x timer cinta ank buah???...
Quote Lily_Elizabeth_ 20-12-2023 05:43 PM
Bihungoreng replied at 20-12-2023 03:36 PM
seram ye tgk video kena tetak tu. kawan dia sampai tergamam tengok je. i pon tak faham reaksi kawan  ...

You tgk mana bidoe tu?.
Quote Bihungoreng 20-12-2023 06:35 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 20-12-2023 05:43 PM
You tgk mana bidoe tu?.

Tgk dkt telegram group info semasa
Quote Bihungoreng 20-12-2023 06:53 PM
pooh~key replied at 20-12-2023 04:06 PM
Maksudnya dia bercintun dengan mak sedara dia sendiri sissy?

Tah la.. i baca yg komen dlm video tu.. sori kalu salah info
Quote AbukRokok 20-12-2023 07:07 PM
letakla bideo
Quote takayama 20-12-2023 08:08 PM
Ni kes kt Penang yg satu lg kes kt Klang, semuanya pakat tetak mangsa smp mati. Dlm bbrp minggu ni lps satu kes ke satu kes semuanya membunuh, apa nk jdlah
Quote Belibis 20-12-2023 08:27 PM
Geng pancing dah tarik masuk bot,dia terjun lagi sekali.last2 kena ikat tangan.
Quote iraizz 20-12-2023 09:07 PM
Bukab bwrcinta dgn mak sedara tapi dgn anak mak sedara tu, mak sedara larang.. Ditetaknye mak sedara
Quote TomyamPuteh 20-12-2023 09:56 PM
Kompom Cina. Tgk dressing dlm video tetak menetak tu obvious sgt

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.087021 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top