CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tergamak Lemaskan Bayi Baru Lahir, Bungkus Dalam Plastik Dan Masukkan Dalam Termos Nasi

20-12-2023 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12759| Komen: 8

Jakarta: Seorang ibu yang mengandungkan anak luar nikah bukan sahaja tergamak membunuh bayi yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya, malah menyorokkan pula jasad bayi malang itu ke dalam termos nasi.


Kompas melaporkan, kejadian Rabu minggu lalu dilaporkan di Samarinda, Kalimantan Timur, membabitkan wanita dikenali sebagai Avi, 22.

Avi menjelaskan dia bertindak demikian bagi mengelakkan kehamilan luar nikah itu diketahui keluarganya.


Gambar Hiasan

Katanya, dia melahirkan bayinya sendirian, jam 10.30 malam.

"Namun ketika bertinggung di tandas untuk membuang air kecil, tiba-tiba bayi saya lahir.

"Saya panik kerana kepala bayi hampir berada di lubang tandas. Pada saat itu, bayi itu tidak bersuara tetapi bergerak.

"Kemudian saya mengambil seluruh tubuh bayi itu dan menyelamkannya ke dalam gayung berisi air hingga tidak bergerak. Kemudian saya membungkus mayat bayi itu dengan plastik hitam dan memasukkannya ke dalam termos nasi berukuran 30 liter," katanya.


Keterangan Avi itu direkodkan oleh polis yang kemudian dimaklumkan kepada media oleh Ketua Polis Daerah Samarinda, Komisioner Polis Ary Fadli.

Avi mengakui bahawa selepas meletakkan di dalam termos nasi, dia berniat untuk menguburkan jasad bayi yang baru dilahirkannya itu.

"Tetapi sebab saya pening, saya terus tidur. Saya bercadang nak kuburkan bayi itu pagi esoknya.

"Seminggu sebelum bersalin, saya berasa sakit di bahagian perut. Menyedari kehamilan, saya memang kerap membaca artikel mengenai tanda-tanda ibu hamil hendak bersalin.

"Disebabkan saya tidak pernah pergi berjumpa doktor, malam kelahiran itu saya fikir saya hanya mahu buang air besar tetapi ternyata saya bersalin," katanya.

Selepas bersalin, dia mengalami pendarahan, namun menipu ibunya dengan memberitahu bahawa dia datang haid.

Bagaimanapun, Avi pengsan dan keluarganya segera membawanya ke hospital.

"Apabila saya sedarkan diri, saya sudah berada di hospital. Keesokan harinya saya terus ditahan polis," katanya.

Sementara itu, doktor yang memeriksanya mendapati anomali kerana terdapat koyakan di kawasan sensitif Avi.

"Setelah pemeriksaan lebih terperinci, pihak hospital menemukan tali pusat bayi yang belum keluar dari kemaluan pesakit (Avi)," kata Ary.

Menurut Ary, selepas didekati dan ditanya lanjut, Avi akhirnya mengakui dia baru sahaja melahirkan bayi lelaki secara normal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-12-2023 03:48 PM
kU KIRA KAYAKNYA DI UTTAR PRADESH SANA RUPANYA DI INDON YAA
Quote mamapea 20-12-2023 04:04 PM
kejamnya...nk sorok la konon...tp cepat jer kantoi...
Quote Yoonggi 20-12-2023 04:29 PM
caner leh tenang je lps bunuh baby sendiri? siap leh tido lg lps bunuh tu.
Quote orkid_amani 20-12-2023 06:44 PM
Yeeaahh sgt..dah xmau baby tu.. dari awai2 pregnant kan boleh makan pil turun darah tu..tapi pil ni berkesan utk 8w kebawah ja la kelig aii cakap. Sebab time ni fetus xdak tulang lg..hanya darah..mcm hati ayam tuu bentuknya..kalau dah start ada kaki tangan tu 10w keats mmg susah nk turun darah.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:42 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:11 PM

Quote boo00 23-10-2024 04:12 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053824 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top