CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dilanggar, Ditunjuk Jari Tengah Bukan 'Lesen' Bunuh Orang – Anggota JPJ Beri Peringatan Kepada Anggota Beruniform

20-12-2023 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13104| Komen: 14

PETALING JAYA – “Hampir setiap hari apabila saya meronda akan jumpa dengan penunggang motosikal yang menggunakan ekzos bising, menunjukkan jari tengah dan cuba mencetuskan provokasi.”

Itu antara pengalaman yang dikongsi oleh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu klip video di laman Facebook.


Kata anggota itu, bagaimanapun tindakan dan aksi oleh segelintir penunggang motosikal itu bukan ‘lesen’ untuk mengambil tindakan sendiri, apatah lagi sehingga kehilangan nyawa.



“Sepanjang saya bekerja dan meronda, pelbagai perangai mat rempit saya jumpa. Yang tunjuk jari tengah, yang ‘rem’ ekzos, budak-budak nakal biasalah. Takkan kita tak boleh kawal diri kita.

“Kawallah diri, saya sendiri pernah dilanggar oleh seorang budak bermotosikal, saya tak ada pun nak sebat (langgar semula) budak itu. Ini ada sesetengah anggota beruniform sengaja pergi langgar.


“Budak motor ni, kita langgar dia pun dia sakit, dia langgar kita pun dia sakit. Jadi tolonglah sahabat-sahabat uniform semua janganlah perangai macam ini (melanggar budak bermotosikal sehingga mati),” katanya.

Mengulas lanjut, anggota terbabit berkata, sepatutnya sebagai seorang anggota mahupun pegawai beruniform, mereka perlu mempunyai belas ihsan apabila berlaku sesuatu perkara terutamanya melibatkan kemalangan.

“Kalaulah kata kau ‘terlanggar’ sekali pun, tolonglah turun bantu mangsa. Pangkat kita ini sampai bila kita nak bawa, bila pencen kita buka uniform dah jadi orang biasa. Kita diberikan amanah, jaga amanah itu.

“Memang seluruh negara berdukacita dengan apa yang terjadi, saya harap kejadian ini terakhir yang berlaku. Saya harap juga keluarga mangsa dapat pengadilan sewajarnya,” ujarnya.

Nasihat anggota JPJ itu lagi, sekiranya kita mempunyai panas baran, jangan memandu kereta sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

“Simpanlah panas baran itu dirumah, jadilah manusia yang ‘berhati perut’,” tegasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kalchi 20-12-2023 01:42 PM
Pelik btul eh org yg sikit2 nk tunjuk jari tengah, sikit2 nak carut. Carut dlm kete tak apa lah ni nak jugak buka tgkap. Lg satu jgn cakap simpan baran kat rumah, tu pon tak bagus. Kt mana2 skalipon adab tu kena ada.
Quote foxs 20-12-2023 01:47 PM
Alaa...kau cakap pun bukan mewakili Jabatan ko, ko pon nak tumpang glamer zaman viral ni.
Lebih baik ko komen pasal JPJ buat apa pasal ekzos bising ni, bukan motor jaa, skarang dengan lori2 pon sama memekak
Quote Binodino 20-12-2023 01:51 PM
Kalau simpan baran di rumah, alamatnya ank bini la kena tibai

Risau pulak aku dengan brader ni. Jangan dia pulak dipanggil mengadap pegawai atasan sebab bagi nasihat gini
Quote Clan204 20-12-2023 01:56 PM
“Simpanlah panas baran itu dirumah, jadilah manusia yang ‘berhati perut’,” tegasnya.

knp kena simpan kat rumah? supaya anak bini lak kena ke... co gua pesan dulu masa nak kawin... "lepas kawin amik panas baran ko tu letak dlm peti besi terus buang tgh laut dalam"
Quote noor2 20-12-2023 02:00 PM
Terbaik abg jpj...walaupun anak2 lelaki aku bukan reti bawak motor..lesen motor pun x de..dah umur 22 dan 19 pun..

Aku pun area rumah ni kadangkala ada org bawa kereta ekzos besar tgh mlm sampai bunyi mcm bom meletup ekzosnya...tp motor x pernah aku berhadapan lagi yg rem..tetap la aku sedih kes
langgar mati budak arwah ni..mmg x sepatutnya..

Esok2 anak korang yg masih kecik ni entah2 membesar minat bunyi ekzos besar ni..ko boleh halang ke???..so elok kena bunuh ke hape?...
Quote tripleid 20-12-2023 02:59 PM
Sedap tunggang isu tgh viral ye bang?
Quote matamata 20-12-2023 03:08 PM
Kau patut ulas pasal apa JPJ tak enforce isu ekzos bising ni...
Pasal kes jenayah bukan bidang kau
Baghal Bortugal betul la...
Quote Orix 20-12-2023 03:33 PM
entahnya.... iols pun rimas ekzos memekak ni
Quote testly 20-12-2023 03:43 PM
Dia bg nasihat yg baik, ekzos bising korg boleh mati ke klau dgr? Yg salah tetap salah, tapi yg sengaja langgar bagi org mati tu lagi le bersalah. Kat akhirat esok, yg ni dosa yg sgt berat, sbb manusia x boleh tarik nyawa org i.e membunuh org lain sendiri, itu hanya Allah yg berhak.
X kesah le dia tunggang isu viral ke apa, dia bg nasihat n peringatan je.

Bunyi ekzos tidak mematikan org, tetapi tetap salah dan mmg ada penguatkuasaannya pun by jpj. Langgar org dgn kereta sampai org mati tu xpe ke bg korg?
Kesalahan mn lbh jahat ni?
Quote tungkai 20-12-2023 03:44 PM
Ye buat operasi tinted, ekzos dan juga hon lori yg tenonet tenonet memekak tu. Cam hanat aje bunyik..
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:42 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:12 PM

Quote boo00 23-10-2024 04:13 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.146903 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top