PETALING JAYA – Beberapa hantaran di aplikasi X ketika ini menjadi tumpuan apabila orang ramai mula membincangkan tentang trend terkini ibu yang bekerja yang sanggup menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak mahupun taska.
Melalui satu hantaran yang tular ketika ini, pengguna tersebut mempertikaikan mengenai ibu yang sanggup menghantar anak-anak mereka ke taska walaupun hari cuti kerana ingin berehat di rumah. “Benda di betul. Sedih gila aku tengok ada mak yang hantar anak pergi taska walaupun hari tu di cuti sebabnya dia kata dia malas nak layan dan nak ambik waktu cuti ni nak rehat, kasihan gila,” jelas hantaran tersebut. Namun, hantaran tersebut terus menjadi pertikaian kerana ada ibu atau penjaga berpendapat, pada sesiapa yang tidak memahami kehidupan dan situasi ibu yang bekerja memang tidak akan memahami keadaan tersebut.
“Geng budak-budak sunat laser ke yang ‘up’ ni, orang ambil cuti tu ada la kerjanya tu nak kena selesaikan, nanti kalau bawa anak macam-macam hal pula. Lagi satu, zaman sekarang memang kerja berlambak, mak bapa tak sempat pun nak rehat. “Kadang diorang buat macam tu sabab dangan cara macam tu saja boleh lepaskan lelah bekerja selama ni. Saya pun pernah buat macam tu. Itu saja masa yang ada, itu pun susah nak dapat,” kata Mimie Abfazi. “Mak bapa sekarang ramai exhausted, nak rehat nak ‘me time’ pun susah, kerja saja selalu. Kamu esok-esok dah beranak pinak tahu la macam mana penat kerja, jaga anak. “Jangan ‘compare’ zaman dulu dengan zaman serba menakutkan sekarang ni. Lagi satu, mak bapa dah bayar kot. Kamu jaga sajalah macam biasa, bukan mereka hantar masa hujung minggu pun,” kata Miera Edora. – CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 20-12-2023 11:41 AM
Yg komen mcm ni selalunya budak sunat laser dan tak kawin atau takde anak dlm ertikata lain mandul.
...
ADVERTISEMENT