Perkahwinan Hafidz Roshdi dan isterinya, Athira Yuhada sampai sekarang masih hangat menjadi perbualan. Lagi 'panas' apabila Hafidz berkongsi video ‘throwback’ ketika awal perkenalan bersama cinta pertamanya, Athira pada 2009 ketika masing-masing berusia 15 tahun.
Ramai berang sehingga mendakwa Hafidz seolah-olah telah ‘membuang’ segala kenangan bersama bekas isteri, Nurul Shuhada yang menjadi ibu kepada dua cahaya mata, Umairah dan Umar. Terkini, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Athira memuat naik video sedang menunggang kuda yang menunjukkan dia sangat bahagia walaupun teruk dikritik. Sebelumi ni, Hafidz mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita perkahwinan bersama Athira yang berlangsung pada malam Jumaat lalu.
Malah, dalam satu temu bual, aktor drama Melastik Ke Hatimu ini turut berkata Athira merupakan cinta pertamanya dan bersyukur memiliki seorang isteri menerima kekurangan diri seadanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|