CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“KFC Tak Pernah Masuk Senarai, Kami Tak Pernah Kempen Rakyat Malaysia Boikot Dulu Hingga Sekarang” – Pengerusi BDS Malaysia

28-5-2024 12:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28688| Komen: 110

Description: Sejak beberapa bulan yang lalu, beberapa jenama rangkaian makanan terkenal telah disenarai hitam oleh rakyat sebagai tanda solidariti untuk saudara di bumi Gaza.

Sejak beberapa bulan yang lalu, beberapa jenama rangkaian makanan terkenal telah disenarai hitam oleh rakyat sebagai tanda solidariti untuk saudara di bumi Gaza.

Susulan itu, ada yang mendakwa bahawa jenama rangkaian makanan fast food terkenal iaitu KFC turut menjadi salah satu jenama yang menyumbang kepada Israel hingga kini.

Menyangkal dakwaan tersebut, Pengerusi Kumpulan Pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) cawangan Malaysia berkata KFC tidak pernah masuk dalam senarai boikot.


Pihak mereka juga tidak pernah membuat kempen agar rakyat Malaysia memboikot KFC dari dahulu hingga sekarang ini.

"McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel."

Dalam pada itu, pengerusi BDS itu meluahkan rasa lega kerana KFC tidak berbuat demikian tetapi berkata pelanggan kebanyakannya enggan membeli makanan disitu kerana harga yang mahal.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-5-2024 11:05 PM
Weols boikot sebab KFC jual Ayam puyuh
Bukan Ayam Daging
Peha beso mana lah sangat
Tapi ayamas tutup mmg iols terasa sangat sebab iols suka Ayam percik dia
Quote sharlenetexas 27-5-2024 11:06 PM
Tapi bila kualiti drop, pengguna beralih kepada ayam goreng jenama lain.

Quote allshares 27-5-2024 11:20 PM
Masalah kfc=naik harga pastu kecikkan ayam. I think dari 2020 kot org komplain. Tapi buat dunno jah. Makanyaaa. Melingkup lah si kapitalis. Terlampau perasan branding bagus, sampai rasa apa2 pun deorg buat, customer still akan dtg membeli. Mmg tak lah. I tak beli sbb ayam size puyuh.
Quote bedahcyber 28-5-2024 02:40 AM
Oo...BDS dengan Bdnaash ada kaitan tak? Sebab dalam laman Bdnaash macam kata KFC support Israel. https://bdnaash.com/ Cuba check, ke saya salah tengok.

Lain2 sumber pulak katanya parent company "Y.. Brands" ada kaitan dengan startup Israel.

Tapi saya macam lain2 jugak. Dah lama tak makan sebab ada pilihan lain yang lagi murah  dan lebih mudah dapat.
Quote alesandra 28-5-2024 05:27 AM
Rafah smlm lebih kurang 100 org  mati terbakar hidup2.bapak pegang anak xde kepala.kita kt kat sini gado boikot kfc komplen sbb ayam kecik.hidup tu xde celaka lagi??mkn apa sampai hati benak hitam mcm tu sekali??
Quote adeqbun 28-5-2024 07:54 AM
KFC ni kene sedar diri..sebelum kes palestine lg org dah boikot sbb mcm2 isu..ice xde,corselow xde,cheezy wedges sukati kejap ade kejap xde...ayam sebesor ibu jari..kerak dah x crunchy..haaa berjela boleh masuk list...jgn slhkan consumer lah..
Quote ultra78 28-5-2024 07:55 AM
Ummah melayu boikot kfc sebab ayam mini.
Quote BoongaKertas 28-5-2024 07:56 AM
shernazz replied at 27-5-2024 03:05 PM
Weols boikot sebab KFC jual Ayam puyuh
Bukan Ayam Daging
Peha beso mana lah sangat

mmg tutup terus ke ayamas chuols? ada 1 outlet dekat mall yg iols suka g pun tutup tp kat area rumah meols buka plak outlet tu.
Quote ina_na 28-5-2024 08:01 AM
Rumah iolss yg dekat gan KFC pun x beli lama dah sblm start perang 7 Oct thn lps .ayam kecik, x berasa...rasa kosong,koslow x de..wedges x de... Ampeh...baik mkn yg marry brown atau a&w.. sama gak rege nye .ayam beso gabak2... Ingat kita ni pe x de perasaan beli mahaii2 tu x de ni x de .ayam kecik x de berasa pe...
Quote n3ar 28-5-2024 08:16 AM
ummah spesis terpaling boikot yg bodo sebab dalam kepala dorang

kfc = kentucky fried chicken
kentucky = USA

USA tolong israel,

USA = israel
Quote Omai 28-5-2024 08:16 AM
bosan la aku kalau beli KFC ni. coleslow selalu takde.
Quote Dwdrum 28-5-2024 08:46 AM
Kfc... Ka Mcd ka luar dari Us portion and size memang kecil nyah... Aku kadang kadang fikir siapa lebih yahudi and capitalist
Somehow yahoodi tidak makan ayam kfc sebab bukan kosher
Quote bored_atticus 28-5-2024 09:01 AM
KFC kat tempat saya dah okay.
ayam besar, kenyang makan walaupun original recipe.
pastu wedges dia kan, kentang besar-besar
berbaloi beli sekarang.
Quote aechae 28-5-2024 09:23 AM
Iols curious btul outlet mna yg selalu kata xda coleslaw lah, xda ice, xda wedges tu? weols beli kfc kt pekan rembau tu pn ada lengkap.. kt KL ni pn lg lh xpernah dpt yg kata ni xda tu xda...

Iols rengsek dgn kfc ni sbb servis slow je compare tu McD..xsah klu x kena tgggu 20 min minima
Quote fatimahmarkonah 28-5-2024 09:24 AM
Kirenye KFC oversea jeke guane??
Quote vanillaninja 28-5-2024 10:04 AM
bedahcyber replied at 27-5-2024 06:40 PM
Oo...BDS dengan Bdnaash ada kaitan tak? Sebab dalam laman Bdnaash macam kata KFC support Israel. htt ...

No Thanks app pun suggest to boycott KFC.
Quote _blackbird 28-5-2024 10:10 AM
aku boikot kepci bukan sebab palestine ke apa. aku boikot sebab kepci menganiaya vendor dan staff, tak jaga kebajikan staff, selayaknya diboikot, mmg la budak yg kerja ngan ko tu budak2 kelas belakang yg dungu, tapi dia pon manusia juga bukan lembu
Quote namr 28-5-2024 10:10 AM
alesandra replied at 28-5-2024 05:27 AM
Rafah smlm lebih kurang 100 org  mati terbakar hidup2.bapak pegang anak xde kepala.kita kt kat sini  ...

iols skrg mmg tak ley tgk berita pasal palestine ni, iols skip..sbb nnt iols sedih n murung sepanjang hari..maap hanya mampu doa n qunut nazilah lepas solat subuh
Quote Suchi 28-5-2024 10:24 AM
IMG_4783.jpeg
Cerita pasal boikot ni betul ke komen ni ckp?

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069497 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top