CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cedera Parah Selepas Dihentak Dengan Topi Keledar, Muka Digigit Suami Mabuk

20-12-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10770| Komen: 6

Seorang wanita di Karnataka, India mengalami cedera parah pada wajah selepas diserang suaminya yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin lalu, pasangan berkenaan bertengkar sebelum mangsa diserang suaminya dengan menggunakan topi keledar selain bertindak menggigit wajahnya.


Foto: India Today

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Suresh, 55, turut menyerang anak perempuan mereka yang cuba untuk menyelamatkan ibunya.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri pada pagi Selasa.

Mangsa dan anak perempuannya kini sedang menjalani rawatan di hospital manakala suspek didakwa atas tiga pertuduhan termasuk ugutan jenayah. -CARI

Sumber: mStar/ Indiatoday

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 20-12-2023 10:16 AM
Yg belah sana mabuk2 anak bini jadi mangsa. Yg belah sini mabuk2 drive kereta bunuh orang. Suwey betul
Quote gorjeous 20-12-2023 12:22 PM
Go too heeelll!!!
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:44 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:13 PM

Quote boo00 23-10-2024 04:16 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.135598 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top