CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tikam Wanita Bertubi-Tubi Sampai Mati Lepas Makan Tengah Hari Di Klang

20-12-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11616| Komen: 23

Description: Polis memberkas seorang lelaki selepas dia bertindak menikam seorang wanita bertubi-tubi sehingga maut.
Polis memberkas seorang lelaki selepas dia bertindak menikam seorang wanita bertubi-tubi sehingga maut.

Kejadian berlaku pada Isnin berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi, Klang.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, siasatan mendapati mangsa berumur 26 tahun sebelum itu bertemu dengan suspek di restoran berkenaan kira-kira pukul 1.20 petang.


Foto: mStar

"Selepas selesai makan, kedua-dua mereka kemudiannya pergi ke kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir kereta berdekatan.

"Siasatan mendapati, ketika tiba di kereta, suspek kemudiannya bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hoong Fong berkata, suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kereta berkenaan sebelum bergerak ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar.


"Suspek cuba beberapa kali mengejutkan mangsa bagaimanapun tidak berjaya sebelum dia mencederakan diri sendiri dengan menikam bahagian badan.

"Pada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan dan pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, bedah siasat terhadap mangsa mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan.

"Punca kematian mangsa disebabkan kesan tikaman di dada yang tembus ke jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan polis untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 20-12-2023 09:04 AM
mak aih...lagi ramai la wanita jadi andartu lepas ni
Quote vanillaninja 20-12-2023 09:29 AM
Ni kes GF nak break up tapi BF tak nak ke?
Quote ctaz 20-12-2023 09:34 AM
mungkin...
tgh sedap2 makan....
tiba2 mintak putus....


ATE....
Quote lilacomot 20-12-2023 09:44 AM
ya Allah ramai nye lelaki mental skrg ni..skeriiii
Quote afie_m 20-12-2023 09:49 AM
pakwe makwe ke
Quote zehra2 20-12-2023 09:51 AM
tulis gini kang sentap pulak kan.
itu ler lelaki yg lemah
miskin dan mental.

tak pe lah lps ni mkn minum freeeeeee sbb hukum mati dah takde
psl sorang pompuan ko jd gini.. sesia je nyawa dan otak yg Tuhan bagi.
Quote karipap_sadin 20-12-2023 09:53 AM
melayu ke? Mcm bukan
Quote AbukRokok 20-12-2023 10:15 AM
ifanonline replied at 20-12-2023 09:04 AM
mak aih...lagi ramai la wanita jadi andartu lepas ni

jgn risau bilangan lelaki lebih ramai dri pmpuan di malaysia
jauh lagi nk akhir zaman
Quote Cassieopeia 20-12-2023 10:22 AM
dh tikam pastu try kejutkn plak. pastu cederakan diri sendiri plak ish parah tol org skrg
Quote prettyuglybabe 20-12-2023 10:54 AM

bukan kot..
kaki pompuan tu ada tattoo..
but nijam melayu pun ada bertattoo..
Quote JamilBinAbu 20-12-2023 11:08 AM
Edited by JamilBinAbu at 20-12-2023 11:10 AM

Aku rasa video ni masa lepas dia tikam..

https://x.com/anthraxxx781/status/1737293728619090321?s=20
[twitter]https://x.com/anthraxxx781/status/1737293728619090321?s=20[/twitter]
Quote JamilBinAbu 20-12-2023 11:14 AM
Edited by JamilBinAbu at 20-12-2023 11:16 AM

Local Singer Brutally Murdered by Friend Who Drove Her Corpse Home, He’s Been Pursuing Her for 2 Years Screenshot-2023-12-20-085840.png
A resident singer was brutally murdered in Klang by her friend on Monday (December 18), before the suspect drove her “corpse” home!

According to a police statement that was released last night (December 19), the Chief Police of South Klang, ACP Cha Hoong Fong said PDRM received an emergency call from a woman who gave information about the murder in Taman Chi Liung, Klang.


On Monday, the 26-year-old victim, Xu Jia Ling went out for lunch with the 44-year-old suspect at a restaurant in Klang. The suspect viciously stabbed Jia Ling multiple times outside his car after lunch before carrying her into the car and driving her corpse to his house. The suspect tried to wake the victim up but to no avail, and he harmed himself with the same murder weapon.



In just 3 hours, a team of policemen reached the suspect’s house and made an arrest, where they also found Jia Ling’s corpse in the passenger seat of his car. The medical team then confirmed her death.

The police also confirmed that the cause of death was the stab in her chest which penetrated the heart.

According to reports by China Press, the suspect, who has been showing interest in Jia Ling for 2 years invited her for lunch. She informed her BF about the lunch, and the last message that he received from Jia Ling was at 1:30 pm on Monday. When the suspect was arrested, he initially told the police that he was Jia Ling’s BF.

Her family members, however, never knew about the suspect’s existence. At the time of writing, PDRM is still investigating the motive behind the murder.

Police also confirmed that the suspect has no prior criminal records and if found guilty, he will be sentenced to death or face a jail time of not more than 40 years. If he escaped the death sentence, the suspect would receive 12 strokes of cane.




Quote ifanonline 20-12-2023 11:24 AM
JamilBinAbu replied at 20-12-2023 11:14 AM
Local Singer Brutally Murdered by Friend Who Drove Her Corpse Home, He’s Been Pursuing Her for 2 Ye ...

cina kulop ramai mental
Quote black_handbag 20-12-2023 11:34 AM
gila.. dah umo bau kubur tu alamat mereput la ko dalam penjara
btw lawa singer ni.. patutla jantan tu tergila gila
Quote kikuri 20-12-2023 12:14 PM
masa dia tikam tu takde org nampak ke..siap angkat masuk keta lagik bukan tikam dalam keta...gilo la manusia ni..
Quote ell2026 20-12-2023 12:56 PM
kikuri replied at 20-12-2023 12:14 PM
masa dia tikam tu takde org nampak ke..siap angkat masuk keta lagik bukan tikam dalam keta...gilo la ...

ACP Cha Hoong Fong said PDRM received an emergency call from a woman who gave information about the murder in Taman Chi Liung, Klang.


ada org nampak la tu org tu report..tu yg polis datang tangkap
Quote cadarblogsot 20-12-2023 12:56 PM
lilacomot replied at 20-12-2023 09:44 AM
ya Allah ramai nye lelaki mental skrg ni..skeriiii

lelaki sebenarnya ada kala mental, bila wanita tu tak nak kat dia... mcm2 dia buat. setakat jadi stalker tu kira biasa.. ada yang lebih dasyat dari tu.. tak terjangkau dek akal yg waras.
Quote tri-max 20-12-2023 01:23 PM
lawa amoi ni , what a waste
apa mnetal punya zantan
org da taknak pepaham la
Quote mejaputih 20-12-2023 01:33 PM
ooo mangsa ada boyfren gak ye...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063187 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top