Kuala Lumpur: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang memulakan program bual bicara podcast YBM atau 'Yang Bakar Menteri' yang akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.
Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Januari depan setiap dua minggu. "Saya telah merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri)," katanya menerusi catatan di laman Facebook hari ini. Rafizi berkata, peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan. Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan 'air time'. "Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja - ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis maya pembangkang.
"Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang 'membakar' menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil. "Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka," katanya. Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang. Sumber: Bernama
|
honeybee1802 replied at 19-12-2023 09:45 PM
Aduiii...come on la piji...do your job dulu la...apa ke podcast ko boleh menjana ekonomi?
SalenaGomez replied at 19-12-2023 08:44 PM
Masalah nya, ada ke org nak dgr sembang kari piji ni. Dah la satu formula pon x function
nz.jr replied at 19-12-2023 10:02 PM
1) Woww....very free meh..??So at the end ko nak achieve apa sebenarnya..?? Nak justify apa yg ko bu ...
ADVERTISEMENT