Alor Setar: Kesesakan luar biasa di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam sejak Jumaat lalu apabila lebih 80,000 pelancong dari negara ini bercuti ke Thailand.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, kesesakan luar biasa berlaku berikutan musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu. Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula Jumaat lalu, seramai 78,301 pengembara didapati keluar masuk menggunakan laluan ICQS Bukit Kayu Hitam, manakala 4,379 melalui ICQS Kota Putra untuk bercuti di Thailand. "Kesesakan ini berlaku disebabkan orang ramai ingin menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. "Destinasti pilihan pengembara ini adalah ke Hadyai, Thailand yang menjadi 'syurga makanan' untuk pelancong dari negara ini yang dikatakan lebih murah dan sedap.
"JIM Kedah sentiasa bersedia menerima kedatangan pelancong dengan membuka empat hingga enam kaunter untuk kereta bergantung kepada kesesakan pada waktu itu," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, kesesakan dijangka akan terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah dan cuti sambutan Krismas, hujung minggu ini. "Justeru, saya menasihatkan semua penggembara supaya merancang waktu perjalanan dan menyemak dokumen perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tripleid replied at 19-12-2023 04:53 PM
Sian Nusi takde org nak pergi Langkawi
tripleid replied at 19-12-2023 04:53 PM
Sian Nusi takde org nak pergi Langkawi
otai_g replied at 19-12-2023 05:04 PM
Langkawi mahal mcm hamlau..Elok tutup je la. Jdkan mcm pulau jerejak pun ok.
adm7 replied at 19-12-2023 05:00 PM
Takda duit woii
Harga barang mahal.
Kerajaan ni tak fikir ke sebelum potong subsidi, tambh cukai:cur ...
alesandra replied at 19-12-2023 05:39 PM
Kata terpaling sempoi... terpaling itu ini.
edayildiz replied at 19-12-2023 06:11 PM
i suka sgt mknn deyols..nape malaysia xde mknn sdp gitu..semua sdp ...
Decaffeinated replied at 19-12-2023 06:41 PM
Orang Malaysia pergi Thailand kenapa Bukit Kayu Hitam pula yang sesak? Belah kita cuma scan and go. ...
cmf_premierleag replied at 19-12-2023 07:52 PM
Fyi, kat immi BKH, msians kene bawak luggage turun dr bas sbb immi scan luggage skali
Bila smpi da ...
ADVERTISEMENT