Seorang gadis berusia 16 tahun maut akibat darah beku di otak selepas mengambil pil kontraseptif oral untuk mengurangkan senggugut. Daily Mail melaporkan, mangsa, Laya Khan mengambil pil tersebut pada 25 November lalu ekoran sakit yang terlampau disebabkan haid.
Beberapa hari kemudian iaitu pada 5 Disember, Layla mula mengalami muntah dan sakit kepala. Bimbang dengan keadaan tersebut, ibu bapa Layla kemudian membawanya ke klinik dan pegawai kesihatan mengesahkan bahawa Layla hanyalah mengalami kembung perut. Namun, Layla dinasihatkan ke hospital sekiranya keadaannya semakin teruk. Pada Isnin, dia mula menjerit kesakitan di atas katilnya sebelum rebah di bilik air. Layla kemudian dikejarkan ke hospital namun sepanjang perjalanan, dia tidak memberi sebarang tindak balas. Layla disahkan mengalami darah beku di otak dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hull untuk menjalani pembedahan. Namun Layla disahkan mati otak dan meninggal dunia. -CARI
Sumber: Mail Online
|
Samerosie replied at 19-12-2023 07:29 PM
Dah kenapa telan contraceptive pill pulak for period pain. Paracetamol ke ibuprofen ke dah tak de k ...
mejaputih replied at 19-12-2023 05:08 PM
masa kat U dulu ada my fren kena inject pain killer kat bontot ke kat mana sbb teruk sgt senggugut d ...
ADVERTISEMENT