CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beego Dan Linda Hashim Buang Ego Dan Dahulukan Anak, Perbaiki Komunikasi Untuk Elak Cerai

19-12-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5960| Komen: 0

Beego tidak mensia-siakan peluang yang diberikan Linda Hashim selepas berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka selepas hampir musnah Mac lalu.

Katanya persefahaman antara kedua-dua pihak adalah punca utama hubungan mereka kembali pulih walaupun sudah berada dalam fasa perceraian.





“Apabila dalam keberantakan, saya menjauhkan diri manakala Linda tidak ke mana-mana. Jadi, dia minta saya untuk kembali waktu itu.

“Bukan isu siapa menang, kalah atau ego. Linda ada cakap sesuatu membuatkan saya sedar untuk beri peluang kepada perkahwinan.

“Dua tangan kami pegang keluarga manakala anak-anak di tengah-tengah, jadi tiada sesiapa yang boleh pisahkan. Kalau kita tidak buat, siapa lagi mahu lakukan,” katanya kepada Kosmo.



Kongsinya lagi, punca perkahwinan mereka goyah bukan disebabkan konflik orang ketiga mahupun berhadapan kesulitan wang tetapi disebabkan masalah komunikasi.

“Dalam rumah tangga semua ada masalah. Saya pula dengan Linda berkahwin ketika berusia 33 tahun, tidak matang lagi dan sekarang baru 10 tahun berkahwin.

“Satu dekad pertama adalah cabaran dan Alhamdulillah kami lalui bersama, macam Linda cakap bukan orang ketiga atau masalah kewangan, mungkin ada benda terpendam,” ujarnya.



Sementara itu, pelakon filem KL Menjerit 1 itu belajar banyak perkara sepanjang isu terbabit berlaku dalam rumah tangganya.

“Iktibar daripada kisah yang terjadi saya lebih banyak berkomunikasi dan menjadi lebih penyayang.

“Dua-dua mengalah dan tolak ego. Kami bagi peluang kepada masing-masing,” tuturnya.



Sebelum ini, pasangan tersebut pernah bercerai pada 27 Mac lalu namun jodoh masih panjang apabila mereka rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April.

Terdahulu, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahata mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Perkahwinan pelakon dan penyanyi itu merupakan kali kedua buat Beego yang sebelum ini pernah bergelar suami kepada Intan Shahira Mohd. Shahru pada 2008. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top