Pelakon, Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir warganet yang yang didakwa secara sengaja mengajukan soalan tentang bekas suaminya, Syamsul Yusof. Menerusi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat berang dengan komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet dan bertindak menegur perbuatan mereka.
Menurut aktres ini, dia tidak mahu netizen mengaitkan nama Syamsul kerana menghormati status pengarah sensasi itu sebagai suami orang. "Aku tak fahamlah, dah balik daripada umrah pun masih ada komen-komen yang ajak Sol (Syamsul Yusof). Faham tak dia tu suami orang, kau gila ke apa? "Saya baru balik umrah, saya nak jaga lisan saya. Saya nak jaga percakapan saya dan saya dah berniat saya dah malas nak cakap apa-apa. Tapi boleh tak korang ni menggunakan akal fikiran?" katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Puteri Sarah agar tetap bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif berkenaan.
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: Oh Bulan
|
ADVERTISEMENT