Setelah hampir 21 tahun bernikah, seorang wanita bersyukur dikurniakan tujuh cahaya mata dan mempunyai pekerjaan yang dibanggakan. Malah, si suami juga seorang yang mempunyai latar belakang agama yang baik di mata semua orang.
"Aku wanita berkerjaya. Suami aku solat tak tinggal, mengaji dan kuat agama," katanya di media sosial. Bagaimanapun suami sebenarnya terlalu mengongkong dirinya terutama hal kewangan. "Duit gaji aku dia yang control. Semua benda dia bayar guna gaji aku. Aku tak pernah nak reward diri aku. Usahkan seutas rantai cincin emas pun aku tak ada. "Dulu ada tapi faham-fahamlah. Gaji aku hampir RM5,000," ujarnya. Menurut wanita itu, mereka berdua bekerja di tempat sama dan suaminya pernah mencuba bermacam-macam bisnes tetapi semuanya lingkup. Walaupun berkerjaya, dia mengakui dirinya tidak bijak seperti yang disangka kerana setiap perbelanjaan, meskipun menggunakan gaji sendiri dikawal oleh suami.
"Aku berkerjaya tapi duit aku kena kongkong dengan suami. Aku nak beli tudung atau baju pun aku kena sorok dekat timbunan baju kotor. "Kadang-kadang aku lambat bagi belanja dekat mak... maafkan aku mak. Padahal aku bagi duit bulanan pada mak tak la banyak. "Itu pun suami yang transfer. Aku takut nak melawan. Aku rasa patut ke aku doa kematian suami," luahnya di Facebook. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya dan memintadia bersabar serta mendoakan agar suami dlembutkan hati. Pada masa sama, mereka juga kagum dengan ketabahan dan kesabaran wanita itu yang ditanggunng sejak bertahun-tahun. "21 tahun akak bersabar dan akak bertahan. Hebatnya akak ini. Mana ya akak beli kesabaran itu? Kalau saya, rasa tak mampu nak bertahan lama-lama macam akak. Semoga Allah permudah segala urusan akak dunia akhirat, amin. "Hebat bersabar akak ni. Kalau kena kat aku, jangan katakan 21 tahun, dua hari pun aku dah mengamuk. "Berdoa dan terus berdoa moga ada jalan terbaik. Bersangka baik saja, ada hikmah di sebaliknya. Kerana sayang ku turutkan segalanya, susah nak ubah kalau dah jadi kebiasaan," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
copy_paste replied at 20-12-2023 09:00 AM
kenapa nak sorok2, kalau x sorok suami marah ke,
tahu ke xtahu dlm islam suami xde hak atas gaji is ...
afie_m replied at 20-12-2023 10:33 AM
ada member yg aku kenal ni anak 4....atm gaji dia mmg laki dia pegang..sbb dia boros sgt2..laki dia ...
imanjannah replied at 20-12-2023 08:37 AM
kawan aku lakinya yg pegang atm kad dia, semua perbelanjaan suami control, tapi dia nmpk ok dgn semu ...
Dwdrum replied at 20-12-2023 08:35 AM
21 tahun boleh tahan.... Terus kan lah....
ADVERTISEMENT