CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Bergasak Depan Khalayak Ramai, Suami Cekik Isteri Dalam Mall Di Johor

19-12-2023 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4744| Komen: 13

Seorang lelaki dilihat mencekik seorang wanita dalam sebuah pusat beli belah tempatan.

Dalam video dikongsikan di X, kelihatan dua individu, dipercayai pasangan suami isteri sedang bergelut di hadapan khalayak.


Lelaki tersebut yang berbaju hitam sedang menyerang wanita yang terbaring di lantai pusat beli belah sambil menjerit meminta tolong.


Foto: X

"Depan orang ramai dia boleh cekik isteri dia. Dalam rumah sendiri tak tahulah macam mana," demikian keterangan pada video dikongsikan.

Jika diteliti rakaman tersebut, terdapat sebuah kereta sorong budak berdekatan mereka namun tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Wanita ini bertindak mencampak kasut dipakai lelaki yang mencekiknya.

Selepas dicekik, mangsa dilihat melemparkan objek dipercayai kasut lelaki itu sebelum beredar meninggalkannya.

Sambil beredar dia sempat memarahi lelaki yang mengasarinya itu, dipercayai menggunakan bahasa Mandarin.


Video yang tular tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dengan pelbagai spekulasi dibuat.

Malah, beberapa individu mempertikaikan orang awam yang hanya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan sewaktu wanita ini meminta tolong.

Dalam pada itu, ada warga maya beranggapan wanita ini mempunyai masalah yang berkemungkinan menjadi penyebab lelaki ini bertindak agresif.

"Saya harap wanita itu dapat pertolongan. Sudahlah ada anak kecil tu. Seriuslah.

"Entahlah kita tak boleh nak nilai dengan hanya tengok video pendek macam ni," komen netizen.

Berdasarkan komen netizen, kejadian dikatakan berlaku di Aeon Tebrau, Johor Bahru, Johor. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 19-12-2023 01:05 PM
Si bini pun sama naik. Laki pun sama mental.Mesti dah biasa gaduh baling2 brg ni.
Quote prettyuglybabe 19-12-2023 01:07 PM
kalau tak singapore, prc..
gitu i bekap cina malaysia
Quote Skuau 19-12-2023 01:11 PM
TIBER....banyak citer...PASAL SUAMI ISTERI kat forum cari...sudah tukar ka???
Quote stingergrumpy 19-12-2023 01:12 PM
Spesis pazzpizzpuzz keww ? Main lempar2 kasut?

Kahkahkahkahkahkab
Quote prince_marhaen 19-12-2023 04:10 PM
buat penat je tolong..hujung2 balik umah kongkek juaaa...
Quote zorrro_03 21-12-2023 08:11 AM
prettyuglybabe replied at 19-12-2023 01:07 PM
kalau tak singapore, prc..
gitu i bekap cina malaysia

saya rasa ni backup terbaik menjelang 2024.  syabas !
Quote brego 21-12-2023 08:20 AM
laki bini bergasak, tak payah masuk campur

esok2 kau stranger yang masuk jail
at the end, bini back up laki dia

kisah bener, berlaku di luar negara
Quote brego 21-12-2023 08:27 AM
prince_marhaen replied at 19-12-2023 04:10 PM
buat penat je tolong..hujung2 balik umah kongkek juaaa...

dia laki bini lepas puas gaduh, balik rumah kongkek sampai inzal

hero pulok kena debik, sekali dengan pakej kena maki

nice guys finish last


Quote boo00 16-11-2024 03:29 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046982 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top