CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pewaris Hermès Bujang Dan Tak Ada Anak, Nak Wariskan Harta Berbilion Kepada Tukang Kebun

19-12-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7277| Komen: 68

Zurich: Salah seorang pewaris Hermès, bujang dan tidak mempunyai anak, mahu menyerahkan separuh hartanya kepada bekas tukang kebunnya.

Insider melaporkan, Nicolas Puech mempunyai pertalian darah dengan Thierry Hermes yang mengasaskan rumah fesyen mewah Perancis itu pada 1837. 


Foto: Insider

Beliau mahu meninggalkan sebahagian besar kekayaannya kepada bekas tukang kebunnya.

Puech juga merancang untuk mengambil tukang kebunnya itu sebagai anak angkat.

Dilaporkan, Puech memiliki 5.7 peratus daripada modal Hermes. Walaupun jumlah kelihatan kecil, ia tetap menjadikannya pemegang saham individu yang terbesar untuk syarikat itu.

Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan Puech adalah AS$11.7 bilion (kira-kira RM54.86 bilion) sekali gus menjadikannya orang ke-161 terkaya di dunia.

Pembantunya yang berusia 51 tahun berasal dari Maghribi itu sudah bekerja untuk Puech selama beberapa dekad dengan menjadi tukang kebun, tukang, dan pengurus kediamannya.


Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pasangan itu pada dasarnya menjadi satu-satunya 'keluarga' Puech, dan dia merujuk mereka sebagai anak-anaknya dan anak angkat.

Puech memberi pasangan itu lebih daripada AS$1.6 juta (kira-kira RM7.5 juta) pada 2015 untuk membeli sebuah vila di Marrakech, Maghribi.

Pasangan itu juga membeli pelbagai ladang dan kira-kira 50 tanah pertanian di Sepanyol dan Portugal serta sebuah vila di Montreux, Switzerland yang bernilai lebih AS$4.5 juta (kita-kira RM21 juta).

Puech memberitahu seorang peguam untuk memulakan prosiding anak angkat dan sedang menunggu pihak berkuasa membuat keputusan.

Dilaporkan juga bahawa jika ini berjaya, lelaki itu boleh mewarisi sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan Puech.

Hermès dilaporkan mencatat keuntungan bersih AS$3.7 bilion (kira-kira RM17.3 bilion) pada 2022.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 19-12-2023 12:18 PM
untong la tukang kebun yg bakal jadi legally adopted son dia. rezeki.
Quote gigahertz 19-12-2023 01:59 PM
Yoonggi: untong la tukang kebun yg bakal jadi legally adopted son dia. rezeki.

kalau kat Malaysia tukang kebun akan mati sebagai tukang kebun.
Quote ifanonline 19-12-2023 02:04 PM
sangat rugi takde keturunan yg sah...org kapir memang sikap dier sebegitu
Quote mejaputih 19-12-2023 02:04 PM
rezeki family tukang kebun tu...tp tukang kebun tu pun bukan tugas sbgi tukang kebun shj, sbgi tukang dan pengurus kediaman juga....
nnt anak2 boleh buat karangan pekerjaan ayah saya sebagai tukang kebun..ending karangan yg menarik dapat warisi kekayaan Tuan Rumah.
Quote SedihPedih 19-12-2023 02:12 PM
rezeki tukang kebun heols.

Quote edayildiz 19-12-2023 02:14 PM
berapa umo dia..sempat lg beranak tu...
sygnya yg kaya gini xnk ada keturunan pulak..yg xberduit gigih beranak rami
Quote plywood 19-12-2023 02:22 PM
edayildiz replied at 19-12-2023 02:14 PM
berapa umo dia..sempat lg beranak tu...
sygnya yg kaya gini xnk ada keturunan pulak..yg xberduit gig ...




Quote I.K.A888990 19-12-2023 02:22 PM
mmg pakcik kayoooo betul
Quote MadameOnion 19-12-2023 02:31 PM
huntong laaaaaaaaa
Quote dua_chzy 19-12-2023 02:32 PM
Uiyooooo kaya gila tapi takda waris. Btw huntong tukang kebun. Tu ja la kot kawan dan penjaga rumah yang boleh diharap. Sebab tu dapat harta.
Quote white_musk 19-12-2023 02:37 PM
kalau orang malayu, tukang kebun tak dapat apa.. yang dapat adalah msjid dan rumah anak2 yatim.. sbb nak pahala kekdahnya...
bagi kat org gaji atau tukang kebun dapat pahala tapi sikit saja...

wallahualam
Quote pembacagosip 19-12-2023 02:39 PM
wow mcm drama melayu
Quote copy_paste 19-12-2023 02:40 PM
kalau kat sini,mesti org akan pikir tukang kebun tu mandrem bos dia hehehhe,
Quote farlis 19-12-2023 02:40 PM
Alaaa...i blh jd anak u..
Quote sayurmayur88 19-12-2023 03:15 PM
klu kat mesia, beratur org2 tiber ngaku jadi family dia lah, kawan baik lah, etc...
Quote VespaSilbe 19-12-2023 03:19 PM
Nak ngorat tukang kebun... Hesmes dak
Quote seri_mawr 19-12-2023 03:30 PM
nak mohon jadi anak angkat beliau la...nak 0.1 billion jadi la...hahhahaha
Quote Kitty_catz 19-12-2023 03:32 PM
tukang kebung tersenyum sinis nengok acik2 kelek hermesssss
Quote salimrock 19-12-2023 03:35 PM
copy_paste replied at 19-12-2023 02:40 PM
kalau kat sini,mesti org akan pikir tukang kebun tu mandrem bos dia hehehhe,

itu pemikiran kolot,

kalo modern,
'mgkn diorang couple

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.101357 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top