CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Roti Disalut Sos Pedas, Tak Bagi Tidur, Paksa Mandi Ais- Ibu Seksa Anak OKU Sampai Mati

19-12-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4186| Komen: 12

LANSING: Seorang kerani firma guaman di Michigan muntah di mahkamah selepas dia ditunjukkan gambar mengerikan yang mendakwa dia membiarkan anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kebuluran hingga mati.


Daily Mail melaporkan, Shanda Vander Ark, 44, dibicarakan atas tuduhan membunuh dan menyeksa Timothy Ferguson, 15, yang meninggal dunia di rumah mereka pada 6 Julai 2022.

Foto: Daily Mail

Ketika ditemukan, remaja itu dalam keadaan kurus kering dan berat badannya hanya mencecah 31.2 kilogram (kg).

Laporan bedah siasat menunjukkan Timothy meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan hipotermia.

Pendakwa raya Matt Roberts menunjukkan beberapa gambar memaparkan mayat remaja itu kepada Shanda di mahkamah yang menyebabkan suspek mula muntah.

Dilaporkan, Timothy menghidap penyakit autisme dengan mempunyai gangguan pada pertuturan.


Shanda didakwa menyeksa Timothy dengan hanya memberi makanan roti yang disalut sos pedas, menghalangnya daripada tidur dan memaksanya kerap mandi ais sebagai hukuman.

Shanda tidak hadir ke perbicaraan pada Jumaat lalu disebabkan masalah kesihatan.

Namun, juri mendapati Shanda bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap pertama dan penderaan kanak-kanak tahap pertama semasa ketiadaannya.

Dia akan dijatuhkan hukuman pada 29 Januari depan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 19-12-2023 10:46 PM
Berani buat, berani la tangguk mek!
Quote kaoru44 20-12-2023 08:14 AM
ehh..kejamnyaaaa
Quote UsIsKita 20-12-2023 08:34 AM
semoga mendapat hukuman yang setimpal. jahat sungguh!
Quote vanillaninja 20-12-2023 09:31 AM
The audacity nak muntah?? Diri sendiri yang menyeksa budak tu sampai mati.
Quote shernazz 20-12-2023 10:04 AM
Pandai.plak muntah2
Drama sangat
Kau seksa budak tu Hari Hari takde plak rasa nak muntah.kan...
Elok Kau kena luku dalam jail nnt
Quote B40tastePosh 20-12-2023 02:21 PM
Yang kerja firma guaman banyak break the law.

Quote I.K.A888990 21-12-2023 04:09 PM
puas ke hati ksu dah jadi pembunuh
Quote shernazz 23-10-2024 07:16 AM
Kes.begini teringat yang pompuan mati sampai cair kat sofa tu

Huk3

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.170430 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top