CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Memenuhi Pekarangan Masjid, Beri Penghormatan Terakhir Kepada Raja Gelek M. Daud Kilau

19-12-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4378| Komen: 3

BAGAN DATUK – Orang ramai memenuhi pekarangan Masjid Tuminah Hamidi bagi melihat jenazah Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau buat kali terakhir sebelum dikebumikan selepas solat zuhur.

Anaknya, Ahmad Zaini Mohd. Daud berkata, jenazah ayahnya ditempatkan di masjid tersebut bagi membolehkan orang ramai tanpa mengira bangsa terutamanya daripada kalangan peminatnya untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.


Foto: Kosmo

“Bagi peminatnya yang terdiri daripada bangsa dan agama lain, mereka masih berkesempatan melihat jenazah ayah sebelum dia dikebumikan selepas solat zuhur nanti.

“Selepas solat zuhur, jenazah ayah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Balai untuk urusan pengebumian,” katanya kepada Kosmo! 

Media semalam melaporkan tentang Allahyarham yang meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan.

Menurut menantunya, Hassan Ahmad, bapa mentuanya itu telah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 19-12-2023 11:45 AM
arwah ada pakai gigi emas klu x silap..x tau la panggil apa tp yg pasti warnanya mcm emas, klu dibuat dr bahan lain x tau la aku
Quote sayurmayur88 19-12-2023 12:13 PM
al fatihah............
Quote Burong_Hantuk 19-12-2023 12:15 PM
al fatihah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057844 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top