Seorang wanita yang berkongsi pengalamannya apabila dia dikenakan caj tidak masuk akal oleh seorang runner. Menurutnya dia menggunakan khidmat seorang runner untuk membeli sebungkus nasi sebelum dihantar kepada ibunya di rumah.
"Kebetulan hari ni umi saya tak sihat, dia minta tolong saya carikan runner pergi beli nasi dekat area (pasar raya) Billion (dekat Kota Sri Mutiara). "Nak dijadikan cerita, mesejlah seorang runner ni minta tolong belikan nasi untuk umi saya. Saya agak terkejut (padahal terkejut beruk) tengok caj runner untuk beli nasi dan hantar dekat umi," tulisnya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut juga, wanita berkenaan memuat naik imej tangkap layar perbualannya dengan runner berkenaan yang memaklumkan nasi yang dipesan sudah selamat dihantar berserta dengan caj yang dikenakan. "Nasi berlauk ayam RM7.50, caj runner musim hujan lebat RM50. Total RM57," demikian jawapan runner berkenaan sebagaimana yang terpapar dalam tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp. Tambah wanita berkenaan, jarak antara rumah ibunya di Kubang Kerian dengan lokasi runner berkenaan di Kota Bharu,Kelantan hanyalah sekitar lapan kilometer. Katanya, dia tidak menggunakan khidmat runner atau rider syarikat penghantaran makanan lain kerana sebelum ini ada antara ahli keluarganya pernah menggunakan khidmat runner yang sama. Justeru tambahnya, dia terkejut apabila dikenakan caj yang pada pendapatnya agak tinggi kali ini. "Memang begitu ke standard harga runner caj area Kota Bharu? Mohon bagi pendapat sikit," tulisnya lagi. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa terkejut dan hairan dengan caj yang dikenakan terhadap wanita tersebut. "Kesian buat orang tua macam tu... runner pun, agak-agaklah nak caj pun. "Nak sama mahal dengan tiket bas Kuala Lumpur ke Kelantan. "Caj sendiri ni... hujan lebat tu alasan saja. "Berair mata... sejengkal je Billion ke rumah kamu," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
she replied at 19-12-2023 11:13 AM
Rider Grab sekarang pun dah pandai demand
Bila hujan
DM kita cakap nak tunggu hujan reda
prettyuglybabe replied at 19-12-2023 11:22 AM
tak report ke grab ke kaka?
she replied at 19-12-2023 11:13 AM
Rider Grab sekarang pun dah pandai demand
Bila hujan
DM kita cakap nak tunggu hujan reda
dekmieDandy replied at 20-12-2023 09:12 AM
iolls jarang guna grab, tapi kalau jadi gitu boleh claim refund ke.?
she replied at 20-12-2023 02:21 PM
Nda buleh refund
Dia bagi baucer je
Huhu Grab dekut
Tambah wanita berkenaan, jarak antara rumah ibunya di Kubang Kerian dengan lokasi runner berkenaan di Kota Bharu,Kelantan hanyalah sekitar lapan kilometer.
ADVERTISEMENT