PETALING JAYA – Cuti sekolah adalah perkara gembira bagi anak-anak yang bersekolah, namun boleh jadi mimpi ngeri bagi sesetengah kaum ibu. Ia digambarkan menerusi foto-foto yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) atau AI, di mana ibu berwajah singa dilihat sedang memarahi anak yang nakal.
Seorang pengguna media sosial Zul Adam, di kumpulan Facebook Prompters Malaya, telah berkongsikan beberapa gambar berkenaan dipercayai yang dihasilkannya dan menjadi tular. “Sekarang kita berada di musim singa mengamuk di dalam rumah, minta perhatian pihak bapa-bapa jangan terlibat, jika anda tidak mahu dipulas telinga,” katanya berseloroh. Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikannya. “Ooo ni lah maksudnya garang macam singa,” ujar Shahzeri Ridza.
“Singa, rimau, naga, tarzan semua ni ada dalam satu rumah, tengok kesesuaian masa,” komen Rozi Maria. “Bapak-bapak baik buat rajin. Kalau tak nanti terkena sekali,” pesan Siti Zanita. – CARI Sumber: Kosmo
|
afie_m replied at 19-12-2023 10:24 AM
hahaha...bapak2 sila jgn berjahit hp di tangan ya...
ADVERTISEMENT