CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Kucing Pakai Baju K9 Untuk Bantu Siasatan Zayn Rayyan, PDRM Nafi Miliknya

19-12-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7687| Komen: 25

PETALING JAYA –  Tular rakaman berita di sebuah televisyen tempatan memaparkan seekor kucing yang memakai baju Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Bagaimanapun, ternyata kucing tersebut bukanlah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kepunyaan salah seorang penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai.


Difahamkan pemilik tersebut sengaja memakaikan baju K9 yang dibeli menerusi platform e-dagang pada kucingnya untuk ‘membantu’ siasatan.


Foto: Kosmo

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut serta dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

“Tapi kucing ni bukan unit K9 punya. Ada pemiliknya. Tuan dia duduk apartmen di situ dan memang sengaja pakaikan baju ni,” ciap pengguna berkenaan.

Hakikatnya, pihak PDRM hanya menggunakan unit anjing pengesan untuk mengesan bukti-bukti penting bagi kes kanak-kanak yang maut dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.


Meskipun amat janggal dan jarang sekali PDRM menggunakan kucing dalam unit K9, perkara ini dianggap biasa di luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand.

Kucing seperti ini berada dalam unit Feline atau F-9 yang bertindak dalam pasukan khas dilatih untuk meronda, menghidu dan menghalang ancaman.

Salah satu kucing pengesan United States Coast Guard (USCG) unit Feline ni bernama Milo yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 19-12-2023 09:54 AM
Apa la mentaliti penduduk. Boleh pulak nak melawak.
Quote maharani_gebu 19-12-2023 09:57 AM
tak kelakar ok....
Quote shernazz 19-12-2023 09:59 AM
K9 tu merujuk canine...keluarga.hanjeng

Kalau kucing dipanggil feline..

Tu jelah.nak bgtau sebab apa dipanggil pasukan anjing tu k9

Kalau 7 eleven..tempat kita beli Slurpee
Hehe
Quote lo_la 19-12-2023 10:02 AM
Si kitty pun nak limelight. Tuan dia la ni menangguk, publicity stunt
Quote Mary_jane 19-12-2023 10:12 AM
Tapi i pun ingat ni kocheng PDRM. Comel lah.
Quote seri_mawr 19-12-2023 10:16 AM
shernazz replied at 19-12-2023 09:59 AM
K9 tu merujuk canine...keluarga.hanjeng

Kalau kucing dipanggil feline..

thank u info.....baru tahu...huhuhu....
Quote prettyuglybabe 19-12-2023 10:16 AM
bukan salah owner kucing tu pun..
media yang gi capture si meow dok roaming napa..
Quote shernazz 19-12-2023 10:30 AM
seri_mawr replied at 19-12-2023 10:16 AM
thank u info.....baru tahu...huhuhu....

Sama Sama..
Iols pung baru tau masa kes.batang Kali dulu..hehe..
Quote bakingsoda 19-12-2023 10:49 AM
shernazz replied at 19-12-2023 09:59 AM
K9 tu merujuk canine...keluarga.hanjeng

Kalau kucing dipanggil feline..

kan. k9 tu literally sebutan berasal dr perkataan canine tapi pelik pulak kucing pengesan dipanggil F9 dah kenapa lol, kalau K10 logik gak ada bunyi kitten
Quote mejaputih 19-12-2023 11:01 AM
gambar kucing tu tgh berak ke?
Quote sayurmayur88 19-12-2023 11:21 AM
biasalah.. ada jer yg ambik peluang??
Quote _blackbird 19-12-2023 11:50 AM
prettyuglybabe replied at 19-12-2023 10:16 AM
bukan salah owner kucing tu pun..
media yang gi capture si meow dok roaming napa..

gituhhhh kaka kitty mem bekap sedara mara sendiri huhuhuhu
Quote ayukpingu 19-12-2023 11:54 AM
apa perkembangan kes ni sekrg?

sekrg ramai tengah focus pada kes langgar bdk sekolah smp mati .

hopefully kes ni tak tenggelam mcm tu aje
Quote JamilBinAbu 19-12-2023 11:57 AM
org masuk guna cable... dia masuk guna kibble
Quote Skuau 19-12-2023 12:04 PM
promosi letew nak jual kucing tu seribu...
Quote phone_5 19-12-2023 12:08 PM
masa mula tgok tu aku mati2 ingat ada K9 kucing dalam PDRM malaysia
Quote black_handbag 19-12-2023 12:08 PM
tah2 pembunuh tu punya. saje pakaikan kucing tu gitu nak nganjing *polis yang kes dah 2 minggu berlalu masih tak dapat tangkap suspek
mohon cari pemilik kucing tu
Quote jfq 19-12-2023 12:25 PM
Boleh ke kucing awam pakai uniform polis?
Quote ninja boy 19-12-2023 02:04 PM
Kucing menganjing anjing ka

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039641 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top