CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penangan Review Khairul Aming- Gerai Cendol RM1 Diserbu, Dulu Untung RM800 Sekarang RM10,000

19-12-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14565| Komen: 115

Kuala Lumpur: "Menggigil lutut saya tengok pelanggan beratur panjang di depan warung saya kerana tak pernah lihat keadaan itu sebelum ini, kata Ahmad Nizam Noh, 37, selepas warung cendolnya yang terletak di Taman Melati, di sini 'diserbu' ribuan pelanggan tidak sampai 24 jam selepas pempengaruh terkenal, Khairul Aming membuat ulasan mengenai makanan dijualnya.


Ahmad Nizam berkata, sudah 10 tahun dia berniaga di situ namun tidak pernah menerima kunjungan pelanggan luar biasa jadi amat terkejut dengan sambutan diterima.

Foto: Harian Metro

"Pagi Jumaat lalu, Khairul Aming datang ke warung saya dan sebenarnya sudah banyak kali dia datang, kebiasaannya bersama rakannya.

"Kiranya, dia adalah pelanggan tetap saya dan gemar pesan mi bandung serta bihun sup selain cendol pulut yang dijual pada harga RM1.

"Cuma pada hari berkenaan, dia minta izin buat ulasan dan mulanya saya tak nak kerana pengikutnya ramai tapi dia minta saya cuba sekali.


"Jadi, saya ambil peluang itu untuk buktikan pada dia yang peniaga kecil macam saya pun boleh," katanya kepada Harian Metro.

Tanpa diduga, ulasan dikongsikan di laman sosial itu mendapat perhatian hingga gerainya dikunjungi ramai pelanggan pada petang hari yang sama.

"Bayangkan, pagi dia (Khairul Aming) datang kemudian rakam video dan muat naik di laman sosial, petang pelanggan sudah beratur panjang di depan warung saya.

"Sebelum ini tak ramai (pelanggan) dan hanya ada lima orang saja yang bekerja di warung iaitu saya dan isteri kedua sebagai tukang masak, isteri pertama di kaunter dan dua lagi pekerja.

"Tapi sejak warung saya tular, saya boleh dapat kira-kira 5,000 pelanggan sehari hingga terpaksa tambah empat lagi pekerja cuma saya kekal sebagai tukang masak untuk kekalkan rasa masakan.

"Jika dulu saya pesan 50 paket pes mi bandung saja dari Muar tapi kini bertambah kepada 400 hingga 500 paket bagi menampung permintaan pelanggan," katanya

Bapa tujuh anak itu berkata, hasil keuntungannya juga meningkat daripada RM800 kepada kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sehari.

Nizam tidak menyangka sambutan diterima luar biasa kerana mengenangkan permulaannya dulu yang hanya berniaga di tapak roda tiga dekat hadapan sekolah sekitar Taman Melati dan Gombak Setia, di sini.

Ahmad Nizam bersyukur dengan rezeki diperoleh dan berterima kasih kepada Khairul Aming kerana membantu mempromosikan perniagaannya sehingga dikenali ramai.

"Walaupun dia (Khairul Aming) pempengaruh dan usahawan berjaya tapi sangat merendah diri malah buat ulasan pun tak minta bayaran.

"Saya berbesar hati kerana dia pun idola saya sebenarnya malah ada hantar kiriman WhatsApp kepadanya untuk ucap terima kasih dan hanya Allah mampu membalas kebaikannya.

"Terima kasih juga kepada semua pelanggan yang datang dan sanggup beratur serta menunggu sampai sejam atau lebih dalam keadaan panas serta adakalanya hujan.

"Diharap semua terus menyokong dan saya akan cuba untuk beri layanan terbaik serta pastikan makanan cukup bagi tidak menghampakan pelanggan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 19-12-2023 09:39 AM
ni br betul influencer. recommendation dia kira valid dan membantu peniaga2
Quote ezacbee 19-12-2023 09:40 AM
Xperlu la bagitau untung sampai 10k. Cakap jelah untung 2x ganda ke..

Jangan pakcik tambah cawangan pulak ye.. ku sangkakan 2 rupanya 3 cekkk...

Quote prettyuglybabe 19-12-2023 09:47 AM
LHDN kirim salam..
Quote miss_perfect 19-12-2023 09:49 AM
Yoonggi replied at 19-12-2023 09:39 AM
ni br betul influencer. recommendation dia kira valid dan membantu peniaga2

Kan.... Lagipun orang percaya sebab KA bukan buat paid review.

Ada dulu dia pernah review kek batik dari Shopee. Sebelum dia buat review tu I memang pernah beli daripada penjual yg sama dan memang sedap. So I percaya je recommendation KA ni.

Quote noell 19-12-2023 09:49 AM
lps untung dh berganda2 neh bole pacit tambah kuota 2 lg bole dibuat tenaga kerja tp jgn amek geng2 friskies plak satgi bankrap pacit dikerjakan
Quote BoongaKertas 19-12-2023 09:57 AM
ok, KA punya review iols akan caya. teringat kwn2 ofis lama dulu adore dgn KA. hahaha! kipidap dek KA oi. fly high but stay grounded. gittew!
Quote jazaa100 19-12-2023 09:59 AM
noell replied at 19-12-2023 09:49 AM
lps untung dh berganda2 neh bole pacit tambah kuota 2 lg bole dibuat tenaga kerja tp jgn amek geng2  ...

Meniaga roda tiga dah tambah quota ...
Tambah pulak skrg rm10k sari, penuh terus quota ....
Quote shernazz 19-12-2023 10:03 AM
Dah agak dah
Semua cite pasal quota
Quote lo_la 19-12-2023 10:04 AM
Tengok gaya KA ni conduct business, boleh percaya review dia.
Quote syamzana 19-12-2023 10:05 AM
bagus la tlg sesama sendiri wpun free je, rezeki pun patah balik kat dia. sana sini brand besar collab sgn dia buat video masakan. kreatif jugak la msakan dia utk org bujang, bak kata adik iols folo je resepi dia kene la dgn tekak pastu simple. kalau folo resepi ig/tt mak2 ni mcm2 bahan tak pernah dgr pun ada
Quote ifanonline 19-12-2023 10:07 AM
KA ni influencer jujur...majoriti influencer adalah palsu...sebagaimana palsunya tetek silikon
Quote Mary_jane 19-12-2023 10:10 AM
selain cendol pulut yang dijual pada harga RM1.


Mur mur sangat ni. Terbaik KA support peniaga local & review pun takde mengarut2.
Quote edayildiz 19-12-2023 10:12 AM
aritu dia review kek..hbs kek kakak tu kt shopee org order..i lupa la kek apa..rasa marble je..bgsss i suka KA
best la kalau dpt kwn mcm dia
Quote edayildiz 19-12-2023 10:12 AM
miss_perfect replied at 19-12-2023 09:49 AM
Kan.... Lagipun orang percaya sebab KA bukan buat paid review.

Ada dulu dia pernah review kek ba ...

aah kek batik ni kot arituyg i tgk tu
Quote 3chanceno 19-12-2023 10:18 AM
Edited by 3chanceno at 19-12-2023 10:19 AM

Meols baca ulang2 pat isteri kedua sebagai tukang nasak & isteri pertama di kaunter  ramai lah lelaki2 tanya camna dia handle 2 bini kat keje  kemungkinan tak lama lagik, tambah quota lah tu
Quote prettyuglybabe 19-12-2023 10:19 AM
miss_perfect replied at 19-12-2023 09:49 AM
Kan.... Lagipun orang percaya sebab KA bukan buat paid review.

Ada dulu dia pernah review kek ba ...

apa nama seller u?
i dok cari juga kek batik..
tapi menyampah nak main beli je..
rasa tak ada, keras berdengkung..
ada yang biskut lemau hapak..
Quote MistrezHermanaz 19-12-2023 10:20 AM
edayildiz replied at 19-12-2023 10:12 AM
aritu dia review kek..hbs kek kakak tu kt shopee org order..i lupa la kek apa..rasa marble je..bgsss ...

kawan ke kawen ahahahahaha
Quote afie_m 19-12-2023 10:21 AM
terbaik khairul aming, dia bantu orang dan rezeki dia juga makin bertambah
Quote menjad 19-12-2023 10:22 AM
Bakalan tambah bini ke 3 pulak nih. Jaga bahagian QC. Hahaha

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065207 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top