Pelakon Chew Kin Wah meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakan stesen televisyen di Malaysia memberikan keutamaan bahasa Mandarin bagi siaran drama Cina. Kin Wah, 57, berkata, dia ditolak oleh stesen televisyen kerana tidak pandai berbahasa Mandarin. Malah, dia turut berasa kecewa kerana bahasa Kantonis tidak diangkat dalam drama televisyen tempatan.
"Kalau dulu saya menerima tawaran di stesen televisyen, mereka mahukan saya berlakon drama Mandarin tetapi saya tidak tahu berbahasa Mandarin. "Disebabkan itu mereka tidak mengambil saya berlakon namun apabila saya tonton drama di stesen TV mereka, ada pula drama lakonan Stephen Chow yang berbahasa Kantonis. "Saya tidak tahu mengapa drama Cina di Malaysia perlu menggunakan bahasa Mandarin," ujarnya. Kin Wah turut mengakui sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan dia hanya berpeluang sekali sahaja untuk berlakon dalam drama berbahasa Kantonis.
Dia hairan mengapa stesen dan produksi tempatan lebih mementingkan bahasa Mandarin sedangkan banyak lagi loghat bahasa Cina yang digunakan oleh masyarakat tempatan. "Saya merasakan bahasa Kantonis ini seperti diketepikan. Seperti bahasa Melayu, bahasa Cina juga mempunyai pelbagai loghat. "Sejak saya mula berlakon, hanya sekali saya berpeluang melakonkan drama Kantonis pada 2002. Selepas itu saya rasa tidak ada lagi drama Kantonis kerana pihak televisyen menaikkan pula drama berbahasa Mandarin. "Saya pelik juga kenapa guna bahasa Mandarin kerana setahu saya ia merupakan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di China. China merupakan negara komunis. "Kenapa mahu guna Cina komunis. Di Malaysia kita masih banyak lagi loghat bahasa Cina seperti Kantonis, Hokkien Fujian, Teochew, Hainan dan Fuzhou," katanya kepada mStar. Dalam perkembangan lain, Kin Wah berkongsi rasa teruja apabila berpeluang menerajui filem kantonis yang diarahkan oleh pengarah berbangsa Melayu iaitu Tunku Mona Riza. Sumber: mStar
|
virgocircus replied at 19-12-2023 12:26 PM
Dah biasa layan drama HK time balik sekolah dulu2. Movie plak aku suka gang si Nam & Chicken. Mmg be ...
ADVERTISEMENT