CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dihina Teruk Rakan Artis, Roslan Shah Gembira Lagu Rojak Maznah Ke Tu Akhirnya Lulus Siaran Stesen Radio RTM

19-12-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4477| Komen: 3

Description: Roslan Shah menyedari akan ada pihak kurang senang dengan nyanyiannya selepas tampil dengan lagu baharu berjudul Rojak Maznah Ke Tu itu.
Roslan Shah menyedari akan ada pihak kurang senang dengan nyanyiannya selepas tampil dengan lagu baharu berjudul Rojak Maznah Ke Tu itu.

Sedia dikritik, Roslan, 51, berkata sebagai penghibur niatnya hanya mahu membuatkan peminat gembira tatkala dia menyampaikan lagu tersebut di hadapan umum.


Foto: IG


"Tidak kisahlah orang nak cakap apa. Sebagai penghibur saya mahu hiburkan peminat. Bukan hanya menjadi pengacara, saya juga boleh menyanyi lagu ini apabila tampil di mana-mana acara.

"Sebelum ini pun saya pernah buat persembahan secara terbuka. Ramai yang suka lagu ini kerana rentaknya yang rancak," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Roslan bersyukur atas sambutan hebat diterima daripada pendengar apatah lagi sebelum ini lagu tersebut pernah dihina oleh seorang rakan selebriti.



Bagi Roslan, setiap kata-kata kurang baik yang dilemparkan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya selain, dapat membantu mempromosikan jualan makanan yang diusahakan.

"Rasanya semua orang tahu kisah selebriti itu yang teruk menghina saya. Bukan sahaja hina lagu ini, malah dia juga mengutuk perniagaan saya.

"Dia boleh kata apa sahaja, tetapi sambutan peminat membuktikan sebaliknya. Saya pun tidak pernah terkesan dengan kata-kata dia," ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Roslan turut meluahkan rasa teruja apabila lagu ini juga lulus untuk penyiaran di semua stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kata penyanyi asal Singapura ini, ia merupakan satu pencapaian amat bermakna selepas lebih 22 tahun aktif dalam dunia seni.


"Saya dimaklumkan lagu ini akan dimainkan di semua stesen radio RTM. Pastinya saya amat gembira dan terharu kerana hasil kerja saya akhirnya mendapat perhatian.

"Sepanjang lebih 22 tahun aktif ini kali pertama lagu saya dimainkan di RTM," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 19-12-2023 11:59 AM
lepas ni buat lagu rendang ppulak cik lan

merendang rendang ayam tua
rendang ku buat lari berjuta

haa gituuu cik lan
Quote sayurmayur88 19-12-2023 12:13 PM
ahgitewwww
Quote Burong_Hantuk 19-12-2023 12:14 PM
ewwwww

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.245970 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top