CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Buta Huruf, Tiada Telefon-Orang Asli Mengeluh Susah Nak Tebus eMadani

19-12-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6906| Komen: 3

GUA MUSANG – Sebahagian besar masyarakat Orang Asli terutamanya warga emas yang tinggal di kawasan pedalaman masih tidak berjaya menebus kredit eMadani sebanyak RM100.

Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang, 48, berkata, meskipun bantuan eMadani boleh ditebus sejak lebih dua minggu lalu, kebanyakan Orang Asli masih gagal menerima manfaat berkenaan.



Mohad Syahbuddin (kiri) menyantuni penduduk Orang Asli di Kampung Char, Pos Hendrop di Gua Musang yang masih gagal menebus kredit eMadani sebanyak RM100. – Foto: Kosmo

“Selain tidak mendapat maklumat lengkap, mereka juga tidak celik teknologi apabila tidak pandai menggunakan te­lefon pintar.

“eMadani merupakan satu kebaikan kerana kerajaan memberi bantuan secara e-tunai kepada rakyat bagi membeli barangan keperluan termasuk makanan.

“Namun, masih ramai Orang Asli ketinggalan dalam arus pembangunan dan mereka tidak pandai menggunakan te­lefon pintar khususnya warga emas.


“Saya harap satu program pe­nebusan dan pembelian menggunakan eMadani secara serentak dapat dilaksana untuk membantu mereka,” katanya ketika ditemui di Pos Brooke semalam.

Seorang warga emas, Kamariah Long, 60, berkata, dia masih belum menebus bantuan ber­kenaan kerana tidak mempunyai penyedia perkhidmatan e-dompet seperti ShopeePay, Setel, Touch ‘n Go dan MAE Maybank.

“Kita ingin minta tolong kerana Orang Asli tidak tahu, bahkan tidak mempunyai telefon. Saya sendiri juga buta huruf. Jadi, sa­ngat bagus sekiranya ada bantuan pendaftaran dan penebusan daripada pihak berkenaan.

“Saya harap kerajaan permudahkan, dengan beri bantuan tunai atau kreditkan wang ke akaun bank,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, dia menerima aduan daripada wakil Orang Asli melibatkan beberapa kampung pedalaman yang masih gagal menebus eMadani.

“Saya cadangkan kita berkola­borasi dengan agensi kerajaan Persekutuan sama ada secara berkelompok atau serentak untuk kita bantu Orang Asli tentang cara pendaftaran bagi mereka yang layak dapat eMadani ini,” katanya. -CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:49 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:19 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:31 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.040745 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top