Bangkok: Tentera Thailand menembak mati 15 individu disyaki penyeludup dadah dalam kejadian berbalas tembakan di daerah utara berhampiran sempadan Myanmar. Kejadian pada petang kelmarin berlaku di daerah Mae Fah Luang, wilayah Chiang Rai berhampiran Segitiga Emas iaitu titik pertemuan antara Thailand, Myanmar dan Laos.
Selepas pertempuran itu, mereka menemui 17 beg mengandungi lebih dua juta pil amfetamin. “Kami belum dapat mengenal pasti sama ada 15 individu tersebut semuanya warga Thailand atau tidak,” kata seorang pegawai tentera yang enggan dikenali. Myanmar ialah pengeluar utama amfetamin haram, kebanyakannya dihantar melalui Thailand dan Laos. Negara itu menjadi huru-hara dan ekonominya lumpuh sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, namun pengeluaran dadah sintetik di negeri Shan masih berkembang pesat Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT