CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Amang Seksual Lima Orang Pelajar Lelaki Di Pusat Pengajian Tahfiz

18-12-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13407| Komen: 32

Butterworth: Seorang ustaz didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar lelaki di sebuah pusat pengajian tahfiz, antara September 2022 hingga Jun lalu.


Bagaimanapun tertuduh yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas lima kertas pertuduhan dibacakan berasingan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 13 tahun.


Foto: Harian Metro

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah rumah sewa di Tasek Gelugor pada jam 3 pagi, Jun lalu.

Sementara pertuduhan kedua hingga kelima pula, tertuduh yang sudah berumahtangga didakwa melakukan perkara sama terhadap empat lagi pelajar lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di asrama tingkat bawah pusat tahfiz di Padang Menora, Tasek Gelugor antara Januari hingga September 2022.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan

Bagi hukuman bagi Seksyen 16 akta berkenaan tertuduh boleh dipenjara lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang dua kali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Imran Farouk.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, namun dalam rayuan Mohd Imran meminta mahkamah memberikan ikat jamin atas alasan anak guamnya perlu menyara keluarga.

Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dihadapinya, selain dikenakan syarat tambahan dengan tidak boleh mendekati atau mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 17 Januari depan untuk serahan dokumen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 18-12-2023 05:22 PM
amang seksual telah memburukkan reputasi sekolah2 pondok dan agama...semacam ustaz2 agama ni memang homosexual teruk
Quote Orix 18-12-2023 06:47 PM
Dahi bertanda . Hm
Quote takayama 18-12-2023 06:51 PM
Allahu akhbar dunia akhir zaman ni, ustaz yg patut celik ilmu agama tp ke arah jln songsang plk. Kesian kt anak2 murid
Quote tukul 18-12-2023 07:04 PM
Adakah ilmu dan iman dan amal tidak selari???
Quote dua_chzy 18-12-2023 07:06 PM
Korang gay takleh ke kawal nafsu? Asal nampak muka tasty terus nak goda nak terai nak toron bontot ke? Dasar jantan!
Quote tripleid 18-12-2023 07:08 PM
Edited by tripleid at 18-12-2023 08:12 PM

ustak walaun PAS/PN mmg ramai gay ka?pantang tgk bontot jantan


IMG_20231218_190504.jpg
Quote Kancilkering 18-12-2023 07:19 PM
polis yg pegang dia pun ghisau….
Quote Perwira2022 18-12-2023 07:26 PM
Kesian aku tengok kerendahan moral compass bajingan-bajingan PH pentaksub Nuar.....

Ostat yg baru dituduh amang seksual dan belum dibuktikan bersalah, dah dikecam bagai  nak rak seolah-olah telah sahih bersalah.

Tetapi idola pujaan hati yg telah dibicarakan penuh keadilan di mahkamah, didapati bersalah  menyodom jubur lelaki-lelaki lain dan dijatuhkan hukuman penjara, anehnya dipuji dipuja seperti Imam Mahdi.

Begitulah kalau otak dah terlalu taksub
Quote _blackbird 18-12-2023 08:45 PM
Dugaan orang yg beriman
Quote Sazreena 18-12-2023 08:49 PM
Harap ko tak beranak pinak la setan. Takut anak ko sok pun disemburit.
Quote antikorok 18-12-2023 08:54 PM
Nampak mcm herlok ustaz dlm gmbr tu. Abam polis sebelah tu pun herlok.

Why, whyy, whyyyyy???
Quote kelapaparut 18-12-2023 09:32 PM
ustaz kalu ade rupe hensem mcm tu baik kawen cpatla, byk godaan kalu da hensem. tp kalu kawen ko tetap suke budak jantan jugak xtau la nak kate ape..
Quote terma2nkondisi2 18-12-2023 09:32 PM
jap.. aidil azim abu adam tu sape?

pehtu plak.. apa kena-mengena salah laku seksual di penjara dgn penyeludupan planta?

Quote ajinomotonosuga 18-12-2023 10:54 PM
dua_chzy replied at 18-12-2023 07:06 PM
Korang gay takleh ke kawal nafsu? Asal nampak muka tasty terus nak goda nak terai nak toron bontot k ...

cigu marah piyem madani kew?
Quote terma2nkondisi2 18-12-2023 11:10 PM
ajinomotonosuga replied at 18-12-2023 10:54 PM
cigu marah piyem madani kew?

hah?.. piyem madani??

apa kaitan 'piyem madani' dgn 'asal nampak muka tasty terus nak goda nak terai nak toron bontot'?

madani tu apa?.. adakah bermaksud 'mad dah ni'/'gila dah ni'?

toron?.. kena toron ke atau ditoroni?.. atau kedua2nya sekali?

ishhh tapahamm
Quote Jitu 19-12-2023 12:07 AM
ustaz tp gay euwww
Quote gideoncross 19-12-2023 12:30 AM
dua_chzy replied at 18-12-2023 07:06 PM
Korang gay takleh ke kawal nafsu? Asal nampak muka tasty terus nak goda nak terai nak toron bontot k ...

Tu je yg ada dlm kpla otak dorg, pngotor
Quote liyamariska 19-12-2023 05:33 AM
musti ustaz ni pun pernah mengalami sepertimana apa yg dia wat kt murid2 dia...

kesian dgn murid2 yg jadi mangsa...
Quote dua_chzy 19-12-2023 06:35 AM
ajinomotonosuga replied at 18-12-2023 02:54 PM
cigu marah piyem madani kew?

Marah kaum Aji la gay ka straight ka sama jah gelojoh!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.307877 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top